Britain bekalkan 100 Juta vaksin COVID-19 untuk negara Komanwel, Asia

LONDON: Britain akan menyumbang jutaan dos vaksin COVID-19 seluruh dunia termasuk negara komanwel, seiring dengan janji negara itu untuk membekalkan sejumlah 100 juta suntikan pelalian itu untuk keperluan global menjelang Jun tahun depan.

Setiausaha Luar, Dominic Raab, berkata pelaksanaan program inokulasi yang ditingkatkan kapasitinya membabitkan sumbangan awal sebanyak sembilan juta dos akan bermula Jumaat ini, menuju ke Kenya, Jamaica dan beberapa negara Asia lain.

“Ia akan diagihkan ke beberapa negara, tempat terdedah kepada virus itu seperti Laos, Kemboja, Indonesia, Malaysia dan negara Komanwel dari Kenya ke Jamaica.

“Ini adalah bukti kita bukan melakukannya kerana ada kepentingan. Ia menunjukkan kepada antarabangsa bahawa Britain sebagai kekuatan yang menyelamatkan nyawa demi kebaikan dunia,” katanya.

Britain komited untuk berkongsi 100 juta dos vaksin COVID-19 menjelang pertengahan tahun depan melalui program pelan peruntukan vaksin COVID-19 global (COVAX) yang bertujuan bagi memastikan agihan pelalian adil dan langsung terus kepada negara.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, akan menyatakan persetujuan secara rasmi dalam satu tawaran awal membabitkan 817,000 dos vaksin kepada Kenya, apabila beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden negara itu, Uhuru Kenyatta hari ini.

Kira-kira separuh daripada dos vaksin AstraZeneca yang disumbangkan akan dihantar ke Nairobi pada minggu ini, kata Downing Street menjelang pertemuan itu.

“Sebagai rakan dan sekutu, kami berkongsi dos vaksin daripada UK (United Kingdom) untuk menyokong Kenya melawan pandemik,” kata Johnson dalam satu kenyataan.

Menerusi komitmen dinyatakan UK seperti janji anggota kumpulan G7 pada sidang kemuncak yang mana negara itu menjadi tuan rumah, akan membekalkan sekurang-kurangnya satu bilion dos vaksin di peringkat antarabangsa melalui skim perkongsian dan pembiayaan.

Selain UK, Amerika Syarikat (AS) turut memaklumkan pihaknya akan menyumbang sejumlah 500 juta dos pelalian itu kepada 92 negara miskin.

Anggota Kesatuan Eropah (EU) pula bersetuju untuk menderma sekurang-kurangnya 100 juta pelalian itu menjelang hujung tahun ini. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bigpay raih dana sehingga US$100 juta, sasar jadi bank pencabar digital terkemuka

Next Post

IRIS Institute anjur persidangan bincang potensi sumber nasional

Related Posts
Skip to content