China pegang separuh kawalan ke atas operasi ECRL, biaya 85% daripada kos pembinaan insfrastruktur

China kini memegang kawalan sebanyak 50 peratus ke atas operasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menerusi perjanjian usaha sama antara Malaysia Rail Link (MRL) dan China Communications Construction Company (CCCC) selepas membiayai 85 peratus daripada kos projek.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada 18 Disember mengumumkan bahawa kerjasama baharu ini akan menubuhkan sebuah syarikat operasi dengan kedua-dua pihak memegang pegangan sama rata dan berkongsi tanggungjawab terhadap risiko operasi, termasuk defisit kewangan. – MalayMail

Katanya, “Syarikat China ini membina landasan ini dan mereka perlu menanggung risiko operasi kerana kami mahu projek ini menjadi usaha yang mampan dan menguntungkan. Seperti yang kita tahu, menjana keuntungan dalam sektor rel adalah sesuatu yang sangat mencabar. – MalayMail

“Tetapi, melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak akan berkongsi kerugian secara sama rata 50-50. Walau bagaimanapun, bagi keuntungan operasi, kerajaan Malaysia akan mengambil 80 peratus keuntungan manakala mereka hanya akan mendapat 20 peratus. Perjanjian ini telah dirunding semula pada tahun 2019 dan kini telah dimuktamadkan,” – MalayMail

Terdahulu, dalam Perjanjian Tambahan (SA) kepada kontrak Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) yang ditandatangani pada tahun 2019, MRL dan CCCM telah bersetuju untuk membentuk sebuah syarikat usaha sama (MRL 50%: CCCC 50%) bagi melaksanakan operasi dan penyelenggaraan ECRL. – BRI Monitor

Selain daripada operasi, China juga mempunyai pengaruh ke atas projek ECRL menerusi skim pembiayaan campuran dalam bentuk kerjasama awam-swasta.

Dalam Perjanjian Pembiayaan Rangka Kerja yang ditandatangani pada tahun 2016, Bank Eksport-Import China (EXIM Bank) akan menyediakan pinjaman selama 20 tahun yang merangkumi 85% daripada jumlah kos dengan kadar faedah 3.25% serta moratorium pembayaran balik tambahan selama tujuh tahun. Baki kos tersebut akan dibiayai secara tempatan melalui penerbitan bon sukuk Islam oleh bank pelaburan Malaysia. – BRI Monitor

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TotalEnergies kini pemilik tunggal Sapuraomv, ambil alih dua blok luar pesisir di Sarawak

Next Post

AS lulus transaksi senjata bernilai lebih USD 5 bilion kepada Mesir, perkukuh pengaruhnya di Timur Tengah

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content