China, Rusia dan Iran akan Mengadakan Latihan Tentera Laut Sebelum Penghujung Mac, Respon kepada Serangan Terbaru Pakatan A.S. ke atas Houthi Di Yaman

Menurut Komander Tentera Laut Iran Laksamana Muda Shahram Irani, pasukan tentera dari Iran, Rusia dan China akan mengadakan latihan bersama dalam beberapa minggu akan datang. Tambahnya, latihan yang diadakan adalah bertujuan untuk “keselamatan serantau”. Meskipun tiada tarikh tepat diumumkan bagi latihan itu, media Tasnim menjangkakan ia akan berlangsung pada 19 Mac ini. (SCMP, Tasnim News Agency)

Pada 3 Februari 2024, Gabungan yang diketuai A.S. melakukan siri ketiga serangan besar ke atas Houthi di Yaman. Dalam serangan itu, tentera A.S. dan U.K. telah menyerang 36 sasaran di 13 lokasi. Antara sasaran yang menjadi tumpuan adalah tempat penyimpanan senjata, sistem peluru berpandu dan pelancar, sistem pertahanan udara dan radar. (WSJ)

Latihan bersama ini bukan kali pertama dilakukan. Pada Mac 2023, tentera laut Iran, China dan Rusia telah melancarkan permainan “Belt War” di bahagian utara Lautan Hindi. Ia juga merupakan latihan bersama keempat dalam kalangan mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini. (Mehr News Agency)

Dalam krisis Laut Merah, Rusia dan China mendapat layanan istimewa daripada Iran. Pada bulan lepas, jurucakap kanan kumpulan Houthi Yaman mengesahkan kapal-kapal Rusia dan China akan diberi laluan selamat melalui Laut Merah. (The New Arab, Safety 4 Sea)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengeluaran Minyak Sawit Negara Menurun Selepas 10 Tahun, Felda Digesa Manfaatkan 800,000 Hektar Tanah Bagi Meningkatkan Hasil Pengeluaran Minyak Sawit

Next Post

Mardi Mulakan Penanaman Tiga Kumpulan Bawang Merah Baharu, Perlukan 1,447 Hektar untuk Kurangkan 30 Peratus Import Bawang

Related Posts

Bangsa Filipina: Singa yang Dikijangkan

Jati diri Islam merupakan satu pendirian yang menusuk ke dalam jiwa seorang penganutnya. Pendirian yang utuh tak gentar siapa kecuali Maha Pencipta ini seberani seekor singa. Namun pendirian ini semakin lama semakin dikikis oleh pihak- pihak luar yang cuba menjinakkan Sang Singa menjadi seperti seekor kijang yang pengecut.
Read More

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content