Mardi Mulakan Penanaman Tiga Kumpulan Bawang Merah Baharu, Perlukan 1,447 Hektar untuk Kurangkan 30 Peratus Import Bawang

Menurut Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani, tiga kumpulan bawang merah itu mempunyai kualiti yang sama seperti bawang import di pasaran iaitu bersaiz 25 hingga 35cm, berwarna merah terang dan menarik, segar dan tahan kepada serangan serangga dan penyakit, serta mampu mengeluarkan hasil sekitar empat hingga enam tan/hektar. (Sinar Harian)

Pada masa sama, MARDI memerlukan sebanyak 1,447 hektar tanaman bawang merah di seluruh negara bagi mencapai sasaran pengurangan 30 peratus import bahan makanan asas itu menjelang 2030. (Astro Awani)

Pada ketika ini, Malaysia mengalami tekanan daripada sudut pembekalan bawang. Hal ini kerana, India yang juga merupakan pembekal tertinggi bawang di Malaysia sebanyak 62 peratus telah menyekat eksport bawangnya. Meskipun kerajaan melihat China, Thailand, dan Pakistan sebagai alternatiif, peratusan kumulatif bekalan ketiga-tiga negara itu ke Malaysia hanya mewakili 19 peratus import bawang negara. (Media Madani)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China, Rusia dan Iran akan Mengadakan Latihan Tentera Laut Sebelum Penghujung Mac, Respon kepada Serangan Terbaru Pakatan A.S. ke atas Houthi Di Yaman

Next Post

Kedudukan Industri Getah Negara Tergugat, Penurunan Keluasan Kawasan Getah Jadi Punca Utama

Related Posts
Skip to content