Hamas Tolak Inisiatif Damai Perancis

laurent-fabius-3

Hamas enggan menerima draf resolusi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) oleh Perancis yang bertujuan menyambung semula proses perdamaian antara Palestin dan Israel.

Dalam kenyataan khas kepada agensi berita Anadolu, ahli pimpinan Hamas, Ismail Radwan berkata bahawa gerakan tersebut “ menolak draf resolusi Perancis dan memberi amaran terhadap mana-mana inisiatif antarabangsa mahupun Eropah yang menjejaskan hak rakyat Palestin.”

“ Kami memberi amaran untuk tidak menerima apa-apa formula yang mengancam hak kami seperti hak untuk pulang dan hak ke atas tanah, sama ada draf resolusi Perancis atau draf-draf lain yang menjejaskan hak rakyat Palestin.”

Radwan mengulang keengganan gerakan beliau utuk kembali berunding dengan Israel kerana rundingan tersebut “ tidak munasabah” dan hanya “ membuang masa”.

Menteri Hal Ehwal Luar Negara Perancis, Laurent Fabius telah mengumumkan pada hujung Mac bahawa negara beliau akan cuba untuk menghantar satu resolusi kepada Majlis Keselamatan yang menetapkan rangka kerja perjanjian antara Israel dan Palestin, walaupun ditentang Israel dan Amerika.

Fabius tiba pada hari Ahad di Ramallah, di mana beliau bertemu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Lawatan menteri Perancis yang bermula di Kaherah, Mesir juga meliputi Jordan, Palestin dan Israel. Lawatan tersebut bertujuan memulihkan semula proses damai antara Palestin dan Israel.
Abbas berkata pada hari Selasa bahawa beliau mengalu-alukan draf resolusi Perancis dengan syarat ia selari dengan visi dan penerimaan rakyat Palestin.

“ Kami mahu draf resolusi Perancis merangkumi pembebasan negara Palestin sepanjang sempadan 1967 dengan Jerusalem sebagai ibu negara, dan kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf negara Yahudi,” Abbas berkata demikian semasa mesyuarat Majlis Revolusi Fatah.

Rundingan damai antara Palestin dan Israel terhenti pada hujung April tahun lalu, setelah rundingan berlangsung selama sembilan bulan di bawah pantauan Amerika.

Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Malki berkata dalam sidang media pada hari Ahad bahawa draf resolusi Perancis bagi menyambung kembali proses damai Palestin dan Israel itu masih belum direalisasikan dan tidak sedia lagi sebelum September hadapan.

Beliau turut menyebut bahawa rakyat Palestin dan Arab lebih berminat untuk membentangkan draf resolusi mereka sendiri kepada Majlis Keselamatan PBB daripada menunggu idea Perancis.

Sumber: MiddleEastMonitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tragedi Orkim Harmony: Kronologi dan Analisa Strategik Selat Melaka

Next Post

FF3 : ‘Pengkhianat’ Israel Gesa Benarkan Kapal Masuki Gaza

Related Posts
Skip to content