Tragedi Orkim Harmony: Kronologi dan Analisa Strategik Selat Melaka

11 Jun 2015 – Kapal tangki MT Orkim Harmony terputus komunikasi dengan pangkalan pada 8.57 malam di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor. Tiada panggilan kecemasan yang diterima daripada kapal itu. 14 Jun 2015 – Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa (IMB) mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah kapal tangki membawa petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur.

cam-photo-pirates-malaysian-navy (1)
Berikut ialah kronologi bagi kes kehilangan MT Orkim Harmony:

11 Jun 2015 – Kapal tangki MT Orkim Harmony terputus komunikasi dengan pangkalan pada 8.57 malam di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor. Tiada panggilan kecemasan yang diterima daripada kapal itu.

14 Jun 2015 – Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa (IMB) mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah kapal tangki membawa petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengerahkan semua aset dan keupayaan untuk mengesan kapal itu.

15 Jun 2015 – TLDM dan APMM memperluas kawasan pencarian bagi mengesan kapal itu meliputi 4,000 batu nautika persegi.

Pada masa sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi menyatakan kehilangan kapal itu menjurus kepada rompakan lanun.

16 Jun 2015 – Dua pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia dan sebuah pesawat milik APMM dikerah untuk mengesan kapal tersebut.

17 Jun 2015 – Malaysia memperhebatkan pencarian menggunakan bantuan teknologi satelit daripada beberapa negara jiran untuk mengesan kedudukan terakhir kapal itu.

Pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang.

18 Jun 2015 – Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang dikesan berada di perairan Kemboja dan diawasi oleh pesawat TUDM, APMM dan RAAF.

Kapal itu ditemui dalam keadaan selamat dan telah ditukar nama asalnya ‘Orkim Harmony’ kepada ‘Kim Harmon’ serta serombongnya dicat dengan warna hitam.

Berikutan itu, TLDM mengambil alih misi SAR dan menghubungi perampas kapal menggunakan frekuensi radio supaya mereka melepaskan 22 kru kapal.

TLDM juga mengesahkan terdapat lapan perampas bersenjatakan pistol dan parang di dalam kapal itu dan mengadakan rundingan dengan kumpulan perampas itu supaya membebaskan anak kapal dan menyerah diri.

Pada pukul 11 malam perampas kapal telah menukar laluan kapal tangki menuju ke Pulau Natuna, Indonesia.

19 Jun 2015 – APMM mengesahkan kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira 2.30 pagi dan kapal itu akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan diiringi KD Handalan yang dijangka tiba pada 2 pagi 20 Jun

Selain itu, TLDM juga mengesahkan bahawa seorang tukang masak kapal itu iaitu warga Indonesia telah ditembak di sebelah paha kiri ketika kapal dirampas dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mendapatkan rawatan pada 10.15 pagi tadi, dan dilaporkan stabil.

Tiga pesawat iaitu P-3C Orion, C130 dan Beechcraft dihantar untuk menjejaki perampas yang melarikan diri daripada kapal tangki MT Orkim Harmony.

Lapan lelaki warga Indonesia yang dipercayai perampas kapal itu telah ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam semasa cuba meloloskan diri daripada pemburuan pada 6.30 pagi. – BERNAMA

Analisis Strategik Kepentingan Selat Melaka.

map_securing_oil_500

1.Selat Melaka merupakan laluan kedua terpenting dunia selepas Selat Hormuz.
Selat Melaka merupakan antara laluan terpadat dan sesak di dunia.

2.Menghubungkan laluan dari Horn of Africa dan Teluk Parsi menuju ke Asia Timur .
Keluasan Selat Melaka adalah selebar 1.5 batu nautika (2.8KM) di kawasan paling sempit di Selat Melaka menjadikan laluan ini padat buat kapal dagangan.(EIA)

3.Jarak Selat Melaka sepanjang 990 Km dan ‘chokepoint’ Selat Melaka ini dilalui sebanyak lebih 50,000 kapal setiap tahun dengan membawa barang dagangan seperti barangan eletronik dan lebih separuh minyak eksport dunia dan sebagainya.(Reuters)

4.Minyak dari Africa dan Timur Tengah yang dieksport melalui Selat Melaka 75% merupakan minyak yang diguna pakai oleh Korea Selatan ,Jepun,Taiwan dan 80% minyak mentah import China melalui Selat Melaka dari Timur Tengah dan Afrika

world_oil_transportation_choke_points

5.90% minyak mentah import Jepun dihantar melalui Selat Melaka
Setiap hari sebanyak 15.2 million tong minyak mentah yang dibawa melalui Selat Melaka dan merupakan laluan eksport minyak mentah kedua tertinggi di dunia.

6.Kebanyakkan dagangan antara Eropah,China dan Jepun melalui Selat Melaka.Kebanyakkan punca kuasa(minyak) Jepun datang dari Negara Teluk yang terpaksa melalui selat Melaka

Kebimbangan kuasa besar Asia terhadap kes rompakan lanun di Selat Melaka memuncak dengan kadar kes sebanyak 107 pada tahun 2013 iaitu peningkatan sebanyak 700% kes berbanding pada tahun 2012.

Signifikasi Selat Melaka menyebabkan selat ini menjadi perebutan di antara US,China,Malaysia dan Indonesia dalam menguasai hasil laut dan cukai perdagangan di Selat Melaka

Malaysia dan Indonesia menegaskan bahawa Selat Melaka(dan Singapura) bukan laluan antarabangsa walaupun di iktiraf sebagai laluan antarabangsa buat perkapalan.Terdapat cubaan oleh Amerika Syarikat menggunakan kuasa ketenteraan bagi menguasai Selat Melaka namun cubaan ini ditentang sekerasnya oleh Indonesia dan Malaysia.

Seandainya Selat Melaka di tutup kepada laluan perdagangan antarabangsa maka negara Timur Tengah dan negara Asia Timur bakal kerugian berbillion ringgit dalam masa yang singkat dan negara Asia Timur seperti Jepun dan China bakal mengalami kehilangan sumber tenaga kerana kebanyakkan sumber mereka di import dari Timur Tengah dan Africa .Secara tidak langsung China dan Jepun bakal menghadapi masalah ketandusan bekalan tenaga(minyak) .
Jalinan hubungan yang baik dengan Malaysia ,Singapura dan Indonesia sangat signifikan buat Jepun dan China bagi mereka menjamin ekonomi negara mereka.

 

Amirul Asyraf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isu Pelarian: Erdogan Kecam Masyarakat Dunia Berdiam Diri

Next Post

Hamas Tolak Inisiatif Damai Perancis

Related Posts
Skip to content