FF3 : ‘Pengkhianat’ Israel Gesa Benarkan Kapal Masuki Gaza

gazaflotilla

 

JERUSALEM (AFP) — Pengumuman yang dibuat oleh seorang ahli Knesset Israel, yang memiliki kerakyatan Palestin untuk menyertai armada [flotilla] ke Gaza selepas Israel bertindak menyekat kemasukan sebarang bentuk bantuan ke Semenanjung Gaza, telah mencetuskan kemarahan ahli-ahli politik negara tersebut Isnin lalu.

Basel Ghattas, seorang MK [Member of Knesset] bersama-sama Joint List Arab, mencetuskan kontroversi selepas mengumumkan hasrat beliau untuk menyertai ahli-ahli parlimen dan tokoh-tokoh terkenal dari seluruh dunia dalam cubaan memasuki Gaza menggunakan kapal pada akhir bulan ini.

Ghattas memberitahu di dalam suatu surat terbuka bahawa armada tersebut bertujuan menghentikan sekatan Israel ke atas Gaza, dengan cara memfokuskan pandangan antarabangsa kepada 1.8 juta rakyat Palestin di Gaza yang tinggal dalam keadaan yang sangat mengaibkan, diumpamakan seperti berada di dalam tahanan penjara. Kekejaman Israel merupakan pencabulan yang sangat kejam terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Beliau menggesa pasukan keselamatan Israel membenarkan kapal berkenaan tiba bersama-sama bantuan di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, pada Mei lalu, Menteri Luar Israel telah mengeluarkan kenyataan bahawa Israel tidak akan membenarkan sebarang kapal yang tidak berdaftar memasuki kawasan perairan mereka.

Gaza telah dikenakan sekatan oleh Israel sejak sembilan tahun, termasuk larangan sepenuhnya bagi kapal-kapal memasuki atau meninggalkan kawasan perairan mereka. [coastal enclave’s water]

Aktivis-aktivis pro-Palestin telah berulang-kali mencuba memasuki Semenanjung Gaza melalui jalan laut, namun tidak pernah berjaya melepasi sekatan tentera laut Israel.

Pada Mei 2010, komando Israel telah melancarkan serangan mengejut ke atas enam buah kapal yang turut serta dalam ‘Free Gaza Flotilla’, yang berakhir dengan pertumpahan darah mengorbankan 10 orang yang memilik kerakyatan Turki. Serangan tersebut mencetuskan krisis di antara Israel dan Ankara.

Hanin Zoabi, seorang MK Palestin yang bersama-sama rombongan flotilla pada 2010, telah digelar sebagai ‘pengkhianat’ oleh gerakan politik Israel; Ghattas dilihat bakal menghadapi nasib yang sama.

Menteri Kastam Israel, Zeev Elkin, daripada sayap kanan pemerintahan parti Likud, berkata, “Ia merupakan suatu tindakan yang terkutuk bagi seorang MP Israel untuk menyertai armada yang bertujuan menghantar bantuan kepada organisasi pengganas Hamas. Undang-undang Israel tidak membenarkan sesiapa untuk berkhidmat di dalam parlimen yang menyokong kegiatan pengganas.“

Kenyataan daripada Timbalan Menteri Luar Israel pada Ahad lalu menyebut bahawa penyertaan Ghattas dalam usaha menghalang sekatan Israel merupakan bukti Ghattas menentang Israel. Beliau berkata, “Penyertaan seorang MP Arab Israel bersama-sama mereka yang menentang Israel merupakan demonstrasi aktiviti pihak musuh di bawah imuniti parlimen.” Beliau turut memberitahu bahawa kementerian luar Israel bekerja tanpa henti bagi menghalang kemasukan flotila ke dalam kawasan perairan Israel.

“Marianne of Gothenburg” merupakan salah sebuah kapal pemukat dari Sweden yang siap untuk berlepas dari pelabuhan Sicily petang Jumaat nanti, dijangka akan ‘bertemu’ dengan beberapa kapal lain bagi membentuk “Freedom Flotilla III”. Armada kali ini dijangka tiba di Gaza sebelum hujung bulan ini.

Selepas tiga operasi ketenteraan Israel sejak tahun 2008 yang memusnahkan sebahagian besar Gaza, kini sekatan kemasukan bantuan dikuatkuasakan, termasuklah sekatan ke atas barang-barang binaan ke dalam kawasan tersebut, menghalang proses baik pulih menyebabkan Gaza mengalami kemusnahan infrastruktur yang kekal.

Sumber : Ma’anNewsAgency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas Tolak Inisiatif Damai Perancis

Next Post

Kenapa Malaysia Perlu Menolak TPPA (Siri 2)

Related Posts
Skip to content