Hampir 50% Rakyat Malaysia Berkelayakan SPM ke bawah Memilih Pekerjaan Tidak Formal Berkemahiran Rendah, Negara Bakal Hadapi Penurunan Tenaga Berkemahiran Dalam Jangka Masa Panjang

Kadar pengangguran belia berkurangan selepas jumlah pekerjaan tidak formal mencecah paras tertinggi baharu pada November 2023. Kadar pengangguran menurun kepada 3.3 peratus pada November 2023, selepas lima bulan berturut-turut mencatat paras 3.4 peratus, sekali gus menyaksikan ia kembali ke tahap sebelum pandemik, demikian menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB). (BH)

Pekerjaan tidak formal iaitu ‘pekerja akaun sendiri’ – mereka berpendapatan harian termasuk peniaga kecil, penjaja, pekebun kecil dan pekerja gig meningkat sejak Januari 2021 (2.39 juta) dan mencapai puncak baharu (2.994 juta) pada November 2023 (Oktober : 2.985 juta). Pertumbuhan dalam pekerjaan tidak formal dalam tempoh 11 bulan 2023 meningkat 6.6 peratus mengatasi jumlah pertumbuhan guna tenaga dalam tempoh sama sebanyak 2.4 peratus.(BH)

Pada tahun 2020, lebih sedikit daripada satu perempat  iaitu sebanyak 26% daripada tenaga kerja Malaysia adalah bekerja dalam ekonomi gig. (Allo)

Banyak platform gig, terutamanya yang melibatkan pemandu e-hailing, p-hailing memerlukan perkhidmatan dalam skala kecil yang selalunya membabitkan tugas berkemahiran rendah dan rutin. Satu survei yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 17 Februari 2023, mendapati bahawa lebih daripada 47.56 peratus pemandu p-hailing mempunyai tahap pendidikan SPM atau lebih rendah. (Utusan Malaysia)

Kesan daripada peluang peningkatan kerjaya yang terhad serta pembangunan kemahiran yang terbatas amat merisaukan, kerana pemandu p-hailing ini mungkin berisiko mengalami penurunan kemahiran dalam jangka masa panjang. Keadaan ini membimbangkan di mana golongan belia berkemungkinan terperangkap dalam pekerjaan yang tidak wajar dengan gaji yang rendah serta pekerjaan yang kurang stabil, perlindungan yang tidak memadai dan persekitaran kerja yang tidak selamat. (Utusan Malaysia)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar A.S, Kesan Daripada Krisis di Laut Merah dan Kebergantungan Kuat ke atas Ekonomi China

Next Post

Kerajaan Lancar Inisiatif Gelombang Padi, Potensi Tingkatkan Pengeluaran Padi Tempatan dan Kurangkan Kebergantungan kepada Import

Related Posts
Skip to content