Kerajaan Lancar Inisiatif Gelombang Padi, Potensi Tingkatkan Pengeluaran Padi Tempatan dan Kurangkan Kebergantungan kepada Import

Menurut Datuk Seri Mohamad Sabu, inisiatif Gelombang Padi akan menggariskan hala tuju baharu industri padi negara. Dakwanya, inisiatif ini berikutan pengeluaran padi tempatan hanya memenuhi 62.6 peratus daripada permintaan domestik. (NST)

Tambahnya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menggariskan 12 program dibawah inisiatif Gelombang Padi iaitu memperkenalkan dasar baharu inisiatif benih padi; memperkukuh bekalan input pertanian; peningkatan pengurusan air di kawasan penanaman padi; pemulihan dan pembangunan kawasan tanah terbiar; memperluaskan pelaksanaan projek Padang Padi Pintar Berskala Besar (SMART SBB) serupa dengan Sekinchan; dan menambah kawasan bagi pelaksanaan program melibatkan 3,000 ha secara berperingkat di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian. (NST)

Pada masa sama, program lain termasuk pengenalan kaedah pembayaran pembelian padi dalam talian kepada petani di seluruh negara bagi mengurangkan peranan orang tengah; mengurangkan kerugian selepas tuaian; membangunkan sistem bersepadu yang menyatukan semua maklumat berkaitan industri beras dan padi; membangunkan sistem pemprofilan tanah berdasarkan Pengurusan Nutrien Khusus Tapak untuk kawasan padi; memperkukuh ‘padi huma’, yang ditanam di kawasan berbukit di Sabah dan Sarawak dengan menyediakan dana untuk bekalan input pertanian; dan meningkatkan produktiviti hasil dengan meluaskan kawasan padi baharu. (NST)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hampir 50% Rakyat Malaysia Berkelayakan SPM ke bawah Memilih Pekerjaan Tidak Formal Berkemahiran Rendah, Negara Bakal Hadapi Penurunan Tenaga Berkemahiran Dalam Jangka Masa Panjang

Next Post

Filipina Rancang Bangunkan Beberapa Pulau di Laut China Selatan untuk Kediaman Tentera, Risiko Gugat Tuntutan Malaysia di Laut China Selatan dan Beri Implikasi Keselamatan

Related Posts
Skip to content