Iran lancar Senjata baru UAV dengan nama ‘gaza’

Iran melancarkan Pesawat UAV (Unmanned Aerial Vehicle) yang baharu, diberi nama “Gaza”.

Menurut tentera Iran, “Gaza” adalah sebahagian pencapaian strategik pertahanan udara tentera terbabit secara khusus di dalam bidang pembangunan dron.

“Gaza” boleh melaksanakan tiga fungsi yang berbeza dalam satu-satu masa iaitu “combat, surveillance dan reconnaissance“.

Dengan kapasiti waktu penerbangan sehingga 35 jam, dan jarak merentasi 2,000km , dron terbabit mampu untuk membawa 13 buah bom, dengan anggaran berat setiap satu sehingga 500 kg.

Dalam majlis pelancaran tersebut, Pasukan tentera Iran turut melancarkan sistem radar “Quds”, dan Peluru Berpandu Permukaan ke Udara (SAM) diberi gelaran “9 Dey” yang mampu berfungsi seperti “Iron Dome” Israel.

Pihak media Iran memetik tentera Komander Angkatan Tentera Al Quds Iran, Brigadier General Esmaeil Qaani mengatakan bahawa Iran akan tetap teguh mempertahankan Palestin dalam menghadapi sebarang bahaya.

Sebelum ini Iran dilaporkan membawa gerakan Hamas dalam usaha pembangunan senjata dan ketenteraan, khususnya di dalam usaha pembinaan roket.

Sumber: Defenseworld.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bagaimana Zionisme Disokong oleh Seluruh Yahudi?

Next Post

Tentera Udara Korea Selatan bersedia guna UAV Hidrogen berbanding UAV bateri

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content