ISIL Dalang Boko Haram Mengganas di Nigeria

Seorang saksi mendakwa pengganas Boko Haram membunuh dan membakar mayat kesemua lelaki dan kanak-kanak lelaki di sebuah masjid.
Seorang saksi mendakwa pengganas Boko Haram membunuh dan membakar mayat kesemua lelaki dan kanak-kanak lelaki di sebuah masjid.[Reuters]

Boko Haram telah membunuh lebih daripada 140 orang dalam tiga serangan berasingan di masjid-masjid dan perkampungan di Timur Laut Borno, Nigeria.

Kukawa paling teruk diserang

Menurut wartawan al-Jazeera Yvone Ndege, Boko Haram telah memulakan sebuah “pertempuran berdarah yang serius selama 72 jam di Borno” dan Kukawa (bandar terbesar) adalah bandar yang paling teruk diserang iaitu 180 km dari Maiduguri.

Seorang pegawai kerajaan berkata lebih kurang 97 orang lelaki, wanita dan kanak-kanak telah menjadi mangsa apabila beberapa masjid telah diserang di bandar Kukawa termasuklah dua perkampungan yang lain pada malam Rabu lalu.

Kesemua mangsa yang sedang bersedia untuk berbuka puasa di masjid telah dibunuh dan dibakar beramai-ramai lalu menyerang wanita dan kanak-kanak di rumah.

Menurut Yvone lagi, pengganas Boko Haram telah tiba di bandar dengan tujuh kereta dan sembilan motorsikal sebelum menyerang namun, sebarang bantuan tidak dihulurkan meskipun lebih 1000 tentera Nigeria berada di Kanwa iaitu 11 km dari Kukawa.

Berita kejadian ngeri pada Rabu malam itu hanya mula diketahui pada keesokan harinya.

Keesokannya, seorang pengebom berani mati telah meletupkan diri di sebuah pusat pemeriksaan tentera berdekatan dengan Maiduguri dan sekurang-kurangnya 4 orang telah terbunuh.

Mussaram turut diserang

Selang sehari sebelum serangan di Kukawa, pengganas Boko Haram telah menyerang Mussaram iaitu 35 km dari Kukawa dan seramai 48 orang lelaki dan kanak-kanak lelaki telah terkorban manakala 17 yang lain berjaya melarikan diri.

Menurut saksi, pengganas Boko Haram telah mencerobohi Mussaram, mengarahkan lelaki dan wanita diasingkan kemudian melepaskan tembakan terhadap lelaki dan kanak-kanak lelaki pada malam Selasa itu.

ISIL beri arahan

Siri serangan tersebut telah mendapat arahan dari  Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) agar pengganas Boko Haram menggiatkan lagi serangan pada bulan Ramadhan ini.

Kumpulan Nigeria, di mana tempat kelahiran mereka di Maiduguri selalu mencemari masjid-masjid kerana beranggapan imam terlalu berpegang kepada fahaman Islam sederhana.

 

Nurul Fitrah Abdullah

Sumber: Al-Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sekatan Israel Menjejaskan Pendidikan Anak Gaza

Next Post

Pelajar Muslim Kenya dipaksa hadiri upacara gereja

Related Posts
Skip to content