Israel Bina Pagar untuk Halang Kemasukan Pelarian

7d2f81cd06644a889c3c383549d7a606_18

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu  mengumumkan pembinaan pagar di sekitar sempadan Israel dengan Jordan selepas Tel Aviv diminta untuk mengambil masuk pelarian Syria. Menurut Netanyahu pada hari Ahad yang lepas, beliau tidak akan membiarkan negara Israel yang kecil itu ditenggelamkan oleh pendatang haram dan pengganas aktivis.

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas Isaac Herzog, ketua pembangkang Israel, berkata pada hari Sabtu yang lepas bahawa Israel perlu menerima pelarian Syria yang nasib mereka hampir sama seperti pelarian Yahudi yang turut mencari perlindungan suatu ketika dahulu.

Pagar yang berukuran 30km itu akan menyambung pagar yang berukuran 240km di sempadan Mesir. Netanyahu menyatakan bahawa sempadan Israel akan dilindungi sebaik yang mungkin untuk memastikan kawalan yang ketat di kawasan itu.

Sebanyak 45,000 orang pelarian yang kebanyakannya berasal dari Eritrea dan Sudan, kini berada di Israel. Sebahagian besar daripada mereka yang tidak berada dalam tahanan, tinggal di kawasan-kawasan miskin selatan Tel Aviv, walaupun keberadaan mereka di situ mendapat beberapa bantahan di kawasan tersebut.

 

Terjemahan: Shamimi Amlee

Sumber: al-Jazeera

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jurukamera TV Hungary Dirakam Menendang Kanak-kanak Pelarian

Next Post

Campur Tangan Amerika Syarikat dalam Krisis Syria Bukan Sesuatu yang Mengejutkan – Penganalisis

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content