Jurukamera TV Hungary Dirakam Menendang Kanak-kanak Pelarian

Seorang jurukamera saluran televisyen tempatan Hungary telah dirakam menendang dua kanak-kanak pelarian dan menyadung seorang lelaki di kawasan tumpuan laluan pelarian dekat sempadan Röszke pada Selasa.

Petra László daripada N1TV sedang melakukan penggambaran berkenaan pelarian apabila seorang lelaki yang mendukung seorang kanak-kanak berlari di hadapanya. László bagaimanapun menyadung kaki lelaki tersebut, menyebabkan dia terjatuh bersama kanak-kanak yang dibawanya. Lelaki tersebut kemudiannya berpaling ke belakang dan berbalah dengan László, yang tanpa menghiraukan meneruskan penggambarannya.

Sebuah video berdurasi 20 saat yang merakamkan kejadian tersebut telah disiarkan di Twitter oleh Stephan Richter, seorang wartawan saluran televisyen Jerman RTL menjadi viral tidak lama kemudian, sehingga terbentuk satu laman Facebook “Petra László Wall of Shame”.

Laman web berita utama Hungary, Index, juga mengesahkan László turut menendang seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki dalam kejadian yang sama.

N1TV melaporkan bahawa László telah diberhentikan kerana “perilakunya yang tidak dapat diterima”. Editor saluran tersebut, Szabolcs Kisberk dalam sebuah kenyataan yang disiarkan di laman web stesen berkenaan berkata: “Jurukamera terbabit kini ditamatkan perkhidmatannya serta merta, dan kes ini ditutup daripada pihak kami.”

Sebelum ini laman web saluran berkenaan juga sering menyiarkan artikel dengan tajuk-tajuk yang  keterlaluan seperti “migran mengerumuni kedai-kedai” dan “Guantanamo = Hungary?”

Ratusan komen menyatakan kemarahan terpapar di laman Facebook yang dibuat untuk mengutuk tindakan László itu.

László berdepan kemungkinan dijatuhkan hukuman sehingga lima tahun penjara atas tuduhan melakukan kekerasan terhadap masyarakat awam.

 

Terjemahan: Huzaifah Ibrahim

Sumber: The Guardian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Krisis di Syria: Imperialisme Amerika Syarikat

Next Post

Israel Bina Pagar untuk Halang Kemasukan Pelarian

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content