Isu Global: Pemakaian Hijab Mendapat Perhatian Dunia

 

1. Presiden Ghana bantah diskriminasi Muslim

Sumber: World Bulletin
Sumber: World Bulletin

Di Ghana, umat Islam, meraikan arahan presiden mereka, John Mahama yang  menyatakan sokongan beliau kepada Artikel 21 perlembagaan negara tersebut yang membenarkan kebebasan beragama kepada rakyatnya. Paksaan ke atas pelajar Islam menghadiri kegiatan gereja, mahupun sebaliknya merupakan suatu kesalahan menurut perlembagaan mereka.

Serta, halangan pemakaian hijab oleh wanita Islam atau nun Katolik juga merupakan suatu kesalahan, ketua-ketua institusi perlu mematuhi arahan ini dan tindakan akan dikenakan sekiranya gagal mematuhi arahan berkenaan. Kausar Mohammed, seorang pelajar kejururawatan merasakan seperti doanya dimakbulkan mendengar pengumuman berkenaan, kerana halangan bertudung lebih tegas dilaksanakan di sekolah mubaligh Kristian dan kolej kejururawatan. Sadia Isaaka, seorang lagi pelajar kejururawatan pernah dihalau oleh ketuanya kerana bertudung dan diberitahu bahawa “hijab bukan sebahagian daripada etika kejururawatan”.

Arahan presiden Ghana turut disambut baik oleh presiden persatuan pelajar Islam Ghana, Muhammed Andani Husseini yang berharap rakyat Ghana memahami isu sebenar diskriminasi Muslim dan keperluan mereka menghadapinya bersama-sama. Penggubal undang-undang, Mohammed Muntaka Mubarak dalam suatu kenyataan lain memberitahu sekiranya hak beragama Islam tidak dapat ditegakkan, ia bakal menggugat keamanan negara dan perbalahan bakal tercetus.

 

2) Nigeria beri status negara sekular larang pemakaian hijab

Di Nigeria, sebuah mahkamah yang membenarkan tindakan kerajaan tempatan Lagos yang mengharamkan pemakaian hijab di sekolah, telah membangkitkan kemarahan komuniti umat Islam di kawasan tersebut. Hakim mahkamah tinggi Lagos, Modupe Onyeabor memberitahu, halangan pemakaian hijab bukanlah suatu bentuk demokrasi dan tidak mencabul artikel perlembagaan berkenaan kebebasan beragama seperti yang telah dibangkitkan oleh plaintif yang diwakili oleh Persatuan Pelajar Islam Nigeria (MSSN).

Seksyen 10 perlembagaan menyatakan status Nigeria sebagai ‘negara sekular’ dan menjadi tanggungjawab kerajaan mengekalkan sikap berkecuali pada setiap masa. Onyeabor menjelaskan bahawa, “pelajar yang tidak berhijab akan merasa rendah diri berbanding pelajar yang berhijab”. Akan tetapi, presiden MSSN, Kaamil Kalejaiye memberitahu Anadolu Agency, mereka yang diwakili oleh peguam Gani Adetola-kazeem, akan meneruskan permohonan supaya pengharaman tersebut ditarik balik dan mendapatkan hak mereka sebagai rakyat Nigeria seperti yang tertakluk di dalam perlembagaan.

Perintah yang dikeluarkan pada masa pemerintahan sedia ada Nigeria oleh All Progressive Congress (APC) bakal menghadapi tindak balas daripada komuniti Islam di Lagos yang telah melancarkan kempen No Hijab, No Vote bagi menghadapi pilihan raya 2015. Menurut pengarah Muslim Rights Concern, sebuah NGO tempatan, Ishaq Akintola, slogan tersebut merupakan simbolik penghormatan kepada cara hidup umat Islam dan mengharapkan penerimaan oleh ahli politik berhubung permintaan umat Islam. Terdapat beberapa lagi kes berhubungan pengharaman hijab yang masih tertangguh di mahkamah termasuklah kes dua orang jururawat yang dibuang kerja kerana berhijab.

 

3) Niqab mula mendapat keadilan di England

Di Britain, presiden Mahkamah Tinggi, Lord Neuberger, 67, menyarankan wanita Islam diberikan keadilan dan untuk mengenakan niqab ketika berada di mahkamah. Antara petikan ucapan beliau pada 10 April lalu berbunyi, “Suatu kepercayaan mungkin merasakan ketidaksesuaian mengangkat sumpah semasa perbicaraan…, seorang wanita mungkin merasakan tidak selesa berada di tempat awam tanpa menutupi mukanya…”.

Ucapan beliau yang dikeluarkan selepas tempoh setahun pengharaman niqab di dalam mahkamah di Britain yang dikuatkuasakan pada April 2011 oleh Hak Asasi Mahkamah Eropah. Lebih kurang enam bulan selepas itu, pada 1 Julai 2014, mahkamah di Eropah menguatkuasakan pengharaman pemakaian niqab penuh di Perancis. Keputusan mahkamah mendapat kritikan daripada badan-badan yang menyokong pemakaian niqab selepas mahkamah menerima hujah Paris yang mahu menggalakkan rakyat mereka ‘tinggal bersama-sama’. Britain merupakan antara negara yang mempunyai komuniti Islam yang terbesar di Eropah, dengan bilangan umat Islam mencecah 2.8 juta orang; 4.4% daripada populasi penduduk mereka.

 

Diterjemah oleh: Nureen Adnan

Sumber: World Bulletin [1][2][3]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Erdogan Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Tragedi Berdarah Srebrenica

Next Post

Suatu Analisa: Fahami Mengapa China Menzalimi Muslim Uighur

Related Posts
Skip to content