Erdogan Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Tragedi Berdarah Srebrenica

Presiden Turki, Tayyip Erdogan.
Presiden Turki, Tayyip Erdogan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga bagi ribuan orang awam Bosnia yang dibunuh semasa tragedi Srebrenica 1995.

Komen beliau dalam satu kenyataan bertulis pada Sabtu, iaitu bersempena ulang tahun ke-20 tragedi pembunuhan beramai-ramai. Erdogan menyifatkan kejadian itu sebagai salah satu peristiwa paling ‘memalukan’ dalam sejarah manusia.

“Pada hari itu, apa sahaja kesakitan yang anda rasai dan alami di sana, saya percaya, kita merasakan perkara yang sama dari sini di dalam hati kita,” kata Erdogan.

“Pada hari ini, tanpa melupakan masa lalu, kita bertanggungjawab untuk membina masa depan yang aman dan damai…yang mana tragedi sama tidak berlaku lagi,” kata beliau.

Dua dekad yang lalu pada bulan Julai, antara tahun 1992-1995 dalam perang Bosnia, bandar yang dikenali sebagai Srebrenica di bahagian timur negara Yugoslavia menyaksikan pembunuhan sekurang-kurangnya 8,000 lelaki Bosnia dan kanak-kanak lelaki.

Bersama-sama dengan pengusiran paksa sekitar 30,000 wanita daripada tanah mereka, kejadian itu menjadi insiden pembunuhan beramai-ramai yang paling teruk di Eropah selepas perang dunia kedua.

“Kami bermimpi dalam sebuah dunia, di mana kanak-kanak tidak dibunuh ketika mereka sedang bermain layang-layang di pantai, ketika tidur di lengan ibunya atau sedang ibubapa bermain dengan anak-anak mereka. Tidak ada keraguan bahawa negara-negara Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kuasa antarabangsa dan serantau mempunyai tanggungjawab besar dalam hal ini,” kata Erdogan.

Erdogan turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli politik dan masyarakat awam yang telah memberi sumbangan dalam membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai itu ke muka pengadilan.

Dalam kenyataannya, presiden itu berkata bahawa Turki berusaha untuk mengekalkan kestabilan dan kepercayaan di Balkan terutamanya di Bosnia-Herzegovina, dan akan terus berbuat demikian.

“Kini, kita teruskan harapan dan doa dalam mengakhiri tragedi yang berlaku ke atas anak-anak kita di Iraq, Yaman, Palestin, Mesir, Libya, Afghanistan dan Somalia.”

Farris Hanafi

Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

al-Sisi Bakal Mati Dibunuh – Pegawai Perisik Israel

Next Post

Isu Global: Pemakaian Hijab Mendapat Perhatian Dunia

Related Posts
Skip to content