Terkini: Jepun Dibenarkan Menghantar Tenteranya Berperang

 

Pergelutan yang berlaku dalam parlimen dalam menentukan rang undang-undang baharu di Jepun.
Pergelutan yang berlaku dalam parlimen dalam menentukan rang undang-undang baharu di Jepun.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mendesak badan perundangan bagi membenarkan Jepun menghantar pasukan tentera mereka untuk turut ikut serta berperang dalam menghadapi sebarang konflik luar negara yang berlaku, buat pertama kalinya, selepas Perang Dunia Ke-2. Desakan ini jua berlaku setelah beberapa siri bantahan telah disuarakan yang menyebabkan populariti beliau terjejas.

Parlimen telah mengeluarkan keputusan akhir rang undang-undang ini dengan membenarkan pasukan tentera mempertahankan negara sekutu apabila diserang dan bertanggungjawab dalam mempertahankan keamanan antarabangsa. Abe berkata perkara ini dapat mempertahankan bangsa serta negara mereka daripada terus diancam. Namun begitu, terdapat kritikan yang mengatakan rang undang-undang ini boleh menyebabkan pengakhiran kepada keamanan negara ini yang sudah sekian lamanya tercapai iaitu selama 7 dekad dan Jepun berisiko dalam menghadapi konflik dalaman Amerika Syarikat (AS).

Beribu-ribu orang telah turut serta berdemonstrasi di luar kawasan parlimen bagi menentang rang undang-undang ini dan penggubal undang-undang daripada pihak pembangkang juga telah mencuba beberapa taktik bagi melambatkan perjalanan pengesahan rang undang-rundang ini. China pula mengingatkan Jepun supaya tidak mengulangi sejarah lalu. Manakala, Korea Selatan berkata negeri di Asia Utara sepatutnya memainkan peranan dalam menyumbang kepada keamanan dan kestabilan sesuatu kawasan.

Abe menepis semua ini dengan menyarankan majoriti daripada ahli sekutunya supaya menimbang kembali keamanan yang tercapai hasil perubahan perlembagaan negara itu dalam mempertahankan polisi selama 70 tahun. Abe juga bersifat tegas dalam menghadapi pihak pembangkang yang masih terkesan dengan penderitaan yang terjadi akibat Perang Dunia ke-2 dan letusan bom api pada tahun 1945 yang menyebabkan ramai antara mereka mempunyai kebencian yang mendalam terhadap tindakan para tentera.

Pemikiran “Pacifisme”

“Pemikiran pacifisme (mencintai keamanan) sudah lama diterapkan dalam identiti rakyat Jepun sebagai asas kepada sebuah keamanan dan kejayaan yang telah dicapai sejak zaman selepas tamatnya peperangan,” kata Jeff Kingston, pengarah bagi Pengajaran Asia di Universiti Temple, Jepun. “Mereka juga sentiasa cakna akan peperangan yang telah berlaku sebelum ini melalui pengalaman yang dilalui oleh sanak saudara mereka iaitu peperangan yang dicetuskan oleh pemimpin sendiri akibat kecuaian dalam membuat sebarang keputusan, walaupun tanpa sebarang asakan daripada sesebuah badan atau perlembagaan.”

Perlembagaan yang memutuskan ikatan dan menolak sebarang peperangan ke atas negara ini telah dirangka oleh AS semasa zaman mereka menduduki Jepun bersama negara sekutu mereka selepas tamatnya peperangan. 70 tahun selepas tamatnya konflik itu, Jepun mula menyedari hakikat bahawa mereka berada dalam keadaan yang berbeza. Bangsa dan negara itu sedang berada dalam kawasan pelancaran peluru berpandu yang datangnya dari Korea Utara. Mereka juga terpaksa menghadapi kenyataan terhadap pertambahan kekuatan pasukan tentera dari negara jiran mereka, China dan mereka turut menjadi sasaran ahli kumpulan pengganas antarabangsa. Abe sedar akan kesukaran yang beliau akan hadapi sekiranya perlu merujuk pihak tertinggi dalam perubahan rang undang-undang tersebut. Disebabkan itu, beliau mendesak perlembagaan ini supaya mempertimbangkan semula fasal “mencintai keamanan “ dalam meluluskan rang undang-undang tersebut.

“Badan undang-undang ini diperlukan bagi mempertahankan nyawa serta keamanan yang sudah lama wujud antara rakyat dan bagi mengelakkan berlakunya peperangan,” lapor Abe kepada wartawan NHK selepas rang undang-undang ini diluluskan. “Keadaan ini akan dijelaskan kepada rakyat dari masa ke semasa.”

Bantahan dan Demonstrasi

Bantahan terhadap tindakan Perdana Menteri mereka, Shinzo Abe dilakukan meskipun dalam hujan di hadapan bangunan National Diet, Tokyo.
Bantahan terhadap tindakan Perdana Menteri mereka, Shinzo Abe dilakukan meskipun dalam hujan di hadapan bangunan National Diet, Tokyo.

Lebih daripada 100,000 orang dari seluruh genap dimensi Jepun telah melakukan demonstrasi dalam menentang perintah bertulis pada 30 Ogos lalu dan beribu lagi rakyat yang akan berkumpul di luar kawasan parlimen di Tokyo pada minggu ini memandangkan keputusan akhir bagi pembentukan undang-undang ini sudah semakin hampir.

“Jepun merupakan sebuah negara yang tidak boleh menidakkan sebarang tindakan AS,” kata Misaki Takashima, 51, seorang suri rumah yang turut menyertai protes di Tokyo. Beliau berkata lagi,” Saya sentiasa berada dalam kerisauan kerana AS sering terlibat dalam peperangan dan Jepun berkemungkinan akan mencetuskan pergaduhan dengan mereka (AS).”

Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan oleh perlembagaan, fokus Abe akan dialihkan ke rancangan asalnya dalam meningkatkan sektor ekonomi serta memajukan negara tersebut dalam usaha menjadikan Jepun sebagai negara kedua terbesar dari segi ekonomi di Asia. Namun begitu, Jepun masih berada di ambang kemerosotan meskipun selepas dua tahun rangsangan fiskal dan kewangan dilakukan. Pertempuran bagi meluluskan rang undang-undang ini dapat dilihat telah mendominasi agenda Abe selama berbulan-bulan lamanya.

Rang undang-undang ini sangat dialu-alukan oleh AS di mana AS memerlukan sokongan dari negara Asia  bagi membantu menyeimbangkan kemajuan China yang bersikap asertif di kawasan tersebut. Kebanyakan kerajaan di Asia, selain daripada China dan Korea Selatan, turut memberikan sokongan terhadap tindakan Jepun.

Ahli nasionalis Jepun, yang sentiasa memihak kepada parti yang dinaungi Abe, terkesan atas kekangan daripada pasukan tentera mereka. Abe menggunakan kenyataan itu dengan mempertingkatkan lagi perlindungan gerakan pertahanan datuknya, Nobusuke Kishi, yang pernah dituduh atas jenayah perang disebabkan oleh peranan beliau dalam jajahan China dan kempen beliau dalam mengubah perlembagaan selepas berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Populariti yang Semakin Merudum

Meskipun ahli nasionalis di negara itu masih berada dalam golongan minoriti dan tuntutan rang undang-undang ini menyebabkan populariti Abe semakin menurun, tidak bermaksud beliau berada dalam keadaan bahaya di mana kedudukan beliau akan digantikan. Beliau telah dipilih tanpa sebarang bantahan pada bulan ini, buat kali keduanya dalam jangka masa 3 tahun sebagai ketua parti yang sedang berkuasa di negara itu iaitu Parti Demokrasi Liberal, di mana telah menjadikan beliau sebagai pemimpin yang paling lama berkhidmat iaitu sejak tahun 1970-an. Sokongan orang ramai yang diberikan kepada parti pembangkang iaitu Parti Demokratik Jepun juga tidak memberi kesan yang mendalam terhadap Abe.

Pilihan raya yang disiarkan oleh NHK pada bulan ini memaparkan hampir dua pertiga daripada kesemua responden tidak percaya dengan tuntutan yang dibuat oleh Abe akan membawa kepada keselamatan yang lebih terjamin kepada Jepun. Selepas beliau mengambil alih jabatan ini sokongan terhadap kerajaan melalui undian dapat dilihat berkurang iaitu sebanyak 43 peratus jika dibandingkan dengan 64 peratus pada Januari 2013.

 

Terjemahan oleh: Khadijah Hanim Zulhaimi

Sumber: Bloomberg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tentera Israel Tembak Bapa, Anak Tiga Tahun Di Kepala

Next Post

Israel Menggunakan Bom Perangsang Kanser ke Atas Kanak-Kanak Palestin

Related Posts
Skip to content