Kad Skor Penilaian Moderate Muslim oleh Mossad

mosad

Sebuah laporan Mossad bertarikh 29 Mei 2014 dan diklasifikasikan sebagai rahsia penting telah terbocor. Dokumen bertajuk ‘ Pergelutan Rejim Islam ’ yang ditulis oleh penganalisis Mossad itu telah terlepas kepada Unit Penyiasatan Al-Jazeera. Laporan agen perisikan Israel ini merupakan penilaian terhadap usaha mempromosi interpretasi moderate Islam merentasi Dunia Arab.Walaubagaimanapun, laporan tersebut tidak mentafsirkan maksud Islam versi moderate yang ingin dipromosi Israel.

Dokumen tersebut mengupas bagaimana kerajaan Arab mengupah golongan agamawan dalam melancarkan urusan mereka. Khutbah Jumaat yang sepatutnya merupakan medan mendalami kefahaman agama sebaliknya menjadi mekanisma politik yang dibayar bagi menjayakan agenda peribadi pemerintah. Di Mesir, Universiti Al-Azhar yang berusia ribuan tahun telah menghantar ulama mereka bagi misi indoktrin di Sinai atas arahan rejim Mesir. Algeria pula menghantar imam-imam ke Perancis bertujuan untuk mencari alat bagi menyebarkan prinsip moderate Islam. Yaman juga telah menjalankan kempen yang sama dengan bantuan kewangan daripada Belanda.

Penyiasat Mossad memberikan markah tertinggi kepada Arab Saudi dalam usaha penyebaran kefahaman Islam moderate. Mereka melaporkan bahawa, “ Kesungguhan Arab Saudi adalah yang paling menonjol dalam kempen menyeluruh mereka menentang ideologi jihad global ”. Usaha yang ditaja oleh rejim ini, adalah berikutan meningkatnya kebimbangan terhadap ideologi jihad global diasaskan oleh Al-Qaeda dalam kalangan negara-negara Islam selepas Arab Spring yang tercetus pada Januari 2011.

Menurut laporan itu lagi, strategi baru telah dilaksanakan pada tahun 2010 dengan nama ‘ Keselamatan Ideologi ’ yang bermatlamat menghalang penyebaran ideologi Salafi dan merumuskan persepsi Islam moderate yang akan dipupuk dalam masyarakat. Mossad mencatatkan bahawa Arab Saudi telah melakukan brainwash terhadap ribuan tahanan al-Qaeda supaya mereka meninggalkan kefahaman radikal mereka. Pihak berkuasa Saudi turut meningkatkan pengawasan terhadap internet dan media sosial untuk menyekat penyebaran ideologi Islam radikal.

Mossad turut menulis barkaitan rejim Saudi Almarhum King Abdullah yang telah mengeluarkan Fatwa Diraja pada Mac 2014 yang mengharamkan organisasi pengganas termasuk buat pertama kalinya Ikhawanul Muslimin. Seperti kebanyakan pemerintah Arab, mereka cemas akan populariti idea dan polisi Ikhwanul Muslimin serta cabangnya yang telah memenangi pilihanraya demokrasi di Mesir, Tunisia, serta menguasai Palestin dan Algeria. Akibatnya, mereka mengaitkan Ikhwanul Muslimin sebagai seangkatan dengan al-Qaeda.

Dokumen Mossad ini juga menarik jika diteliti dari sudut apa yang tidak dianalisa oleh Mossad. Penganalisis Israel gagal untuk menilai keberkesanan usaha besar Arab Saudi dalam menghapuskan ideologi radikal (de-radikalisasi). Penganalisis percaya bahawa ribuan pejuang asing dalam ISIS berasal dari Arab Saudi walaupun kerajaan telah mengambil langkah bagi menyekat bantuan dana kepada ISIS daripada individu kaya Saudi.

Tambahan lagi, Mossad pada masa yang sama tidak berjaya mempertimbangkan kesan buruk daripada manipulasi agama oleh golongan autokrat Arab. Sikap autokrat Arab yang tidak meraikan perbezaan pendapat menyebabkan lahirnya pelbagai ideologi. Golongan ini sepatutnya menjadi pemelihara Islam yang tulen.

Meniru penceritaan ‘ perang terhadap pengganas ’ seperti yang dilakukan oleh Barat dan menghalakannya terhadap sesiapa yang menentang autokrasi Arab dan polisi Barat di rantau, sebenarnya hanya menyekat penduduk Timur Tengah daripada mendapat jawapan sebenar kepada pelbagai dilema semasa yang berlaku.

Laporan Mossad ini berkemungkinan sudah tidak relevan lagi walaupun belum genap setahun dikeluarkan. Kemangkatan Raja Saudi, King Abdullah yang dikenali dengan sentimen anti-Ikhwanul Muslimin beliau, telah diganti dengan pertabalan King Salman, seorang pemerintah yang lebih toleransi dan pragmatik. Kini sudah kelihatan tanda-tanda pertukaran polisi apabila Menteri Luar Saudi, Saud bin Faisal mengumumkan bahawa, “ Arab Saudi tiada masalah dengan Ikhwanul Muslimin ” .

Mungkin ini bukanlah berita yang diingini Mossad.

Oleh: Ainun Mardhiah Jamaluddin

Sumber: al-Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kapitalisme + Amerika = Generasi Motel

Next Post

Amerika Meluluskan Transaksi Misil Baru Indonesia dan Malaysia.

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content