Mesin Penyulingan Air laut, Harapan Baru Buat Gaza

diaa abu assi-horz

Gaza, 12 Mei 2015 – Baru-baru ini, Diaa Abu Assi, seorang jurutera Palestin telah berjaya mencipta sebuah mesin penyulingan air laut yang mengambil masa selama 18 bulan demi menyelamatkan 1.8 juta penduduk Gaza yang hidup dalam kepungan Israel Laknatullah. Dengan menjadikan air laut Mediterranian sebagai sumber air baharu Gaza, masalah kekurangan air bersih berjaya diatasi. Menurut Abu Assi, dijangkakan pada tahun 2020 Gaza tidak akan mempunyai sebarang sumber air bersih untuk diminum.

Projek penciptaan mesin penyulingan air laut ini ditaja oleh Universiti Islam Gaza dan Organisasi Kajian Omani. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat mesin tersebut terdiri daripada bahan nano bagi mengurangkan kemasinan air laut tersebut dan dapat menjana air minuman yang berkualiti serta mesin tersebut berupaya memproses 1000 liter air laut dalam sehari.

Penggunaan air oleh penduduk Gaza dianggarkan sebanyak 180 juta isipadu pada setiap tahun dan separuh daripadanya digunakan untuk kegunaan pertanian dan industri. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pula menganggarkan pada tahun 2020 populasi Gaza akan meningkat kepada 2.3 juta orang dan dijangka juga pada tahun yang sama penggunaan air turut meningkat kepada 260 juta isipadu serta berkemungkinan besar Gaza akan menjadi daerah yang tidak sesuai untuk didiami kelak.

Berdasarkan laporan Palestine Water Authority (PWA) yang dikeluarkan pada Januari lalu, lebih 95 % kawasan sumber air warga Palestin tercemar kerana kandungan nitrat dan klorin yang tinggi akibat daripada kepungan yang dibuat bertahun-tahun sejak 2007 dan serangan yang dibuat kerap kali oleh Israel Laknatullah.

Bertambah buruk lagi apabila sumber air bawah tanah juga turut terjejas akibat kebocoran sisa rawatan tanaman ke dalam tanah hasil daripada serangan agresif tentera Israel semasa peperangan antara Gaza dengan Israel yang lalu. Hal ini telah menyebabkan penduduk Gaza semakin hidup melarat, kehilangan peluang pekerjaan dan taraf hidup pula semakin merosot.

Sebelum itu, penduduk Gaza terpaksa membeli air rawatan daripada stesen penapisan yang sedia ada. Namun, Israel yang tidak berhati perut pula menambahkan lagi kesengsaraan rakyat Gaza dengan menyekat kemasukan peralatan rawatan air ke kawasan kepungan tersebut atas alasan ingin menjaga keselamatan negara.

Oleh: Nurul Fitrah Abdullah
Sumber: presstv.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB); Ancaman Atau Kemajuan Kepada Ekonomi Dunia?

Next Post

Protes Besar-Besaran Menanti Israel Sempena Hari Nakba

Related Posts
Skip to content