Kebergantungan Dana Kepada Negara Maju Jejas Perlaksanaan RUU Perubahan Iklim Negara

Malaysia mengharapkan pembiayaan daripada negara maju dalam langkahnya ingin memperkenalkan dan melaksanakan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN).

Berdasarkan Kertas Konsultasi Awam RUUPIN, kerajaan bakal menubuhkan satu dana yang dikenali sebagai “Dana Iklim Kebangsaan” yang berasaskan pelaburan domestik dan antarabangsa dan merangkumi sumber awam dan swasta. – NRES

Sebagai penerima Dana Iklim Global, Malaysia terus menggesa negara maju untuk memperkukuh sokongan kewangan bagi tindakan iklim. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, menyuarakan kekecewaannya terhadap keutamaan perbelanjaan negara maju.

“Sungguh mengecewakan melihat bagaimana negara-negara maju membelanjakan trilion dolar untuk membiayai peperangan dan konflik, sedangkan negara-negara Selatan Global dinafikan pembiayaan yang lebih besar untuk tindakan iklim,” katanya. – Bernama

Nik Nazmi menegaskan bahawa pembiayaan dari negara maju amat penting untuk menyokong penyediaan Pelan Adaptasi Nasional yang bertujuan meningkatkan koordinasi dalam usaha adaptasi perubahan iklim. Tambahnya, sekiranya pembiayaan tersebut tersedia, Malaysia mampu melaksanakan lebih banyak inisiatif.

“Pada masa ini, kami sedang merangka Nationally Determined Contribution (NDC 3.0), dan kami komited untuk mengemukakannya pada tahun hadapan,” ujarnya. – Bernama

Terdahulu, Malaysia bersama negara membangun lain mempertikaikan jumlah bantuan kewangan iklim yang ditawarkan oleh negara maju pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP29) pada 22 November lalu. – NST

Persidangan ini gagal mencapai kesepakatan penuh, negara membangun tidak bersetuju dengan nilai dana sebanyak AS$250 bilion setahun yang dicadangkan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, dan sekutu lain. – NST

Bagaimanapun, negara maju dilaporkan sedia menaikkan jumlah tersebut kepada AS$300 bilion setahun, namun ia masih dianggap tidak mencukupi oleh negara-negara membangun yang memerlukan dana lebih besar untuk menangani cabaran perubahan iklim. – NST

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sarawak pertimbang perkenal semula pengajian Bible di sekolah rendah

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content