Kebolehpasaran graduan berkemahiran tinggi semasa tempoh pandemik Covid-19 menunjukkan penurunan ekoran peluang pekerjaan yang setara dengan kemahiran yang tidak seimbang dan semakin menguncup.
Perkara ini mendatangkan kesan penurunan kebolehpasaran graduan dalam pekerjaan kategori mahir, peningkatan kadar pengangguran siswazah, dan saingan daripada penganggur dan mereka yang pernah kehilangan pekerjaan sewaktu pandemik Covid-19.
Oleh kerana pasaran pekerjaan di sektor awam adalah terhad, sektor swasta menjadi pilihan bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian sama ada secara sementara mahupun tetap.
Oleh itu, pelan pemulihan ekonomi semasa dan pasca pandemik perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengoptimumkan tenaga buruh siswazah dalam memenuhi keperluan negara dalam mencapai matlamat nasional.
Baca rumusan penuh pada pautan yang disediakan di bawah (Bagi Pelanggan Eksklusif, Sila Login terlebih dahulu untuk muat turun):
Bermula 1 September 2020, laporan penuh hanya boleh dibaca dengan langganan atau pembelian. Langgan Fokus Hari Ini bermula daripada RM150/Setahun.