Berdasarkan rekod Lembaga Getah Malaysia, jumlah keluasan tanaman getah pada 1990 adalah 1.8 juta hektar, namun berkurangan hampir 800,000 hektar kepada 1.08 juta hektar pada tahun 2015 seterusnya 1.07 juta hektar, dua tahun kemudian. Namun, pada tahun 2020, keluasan tanah getah meningkat kepada 1.107 juta hektar. Walau bagaimanapun, peningkatan ini tidak strategik sekiranya dibandingkan dengan jumlah pada tahun 1990 dan peningkatan kawasan getah di Thailand dan Indonesia, yang pernah menjadi pesaing utama negara. (Utusan)
Pada tahun 1990, Malaysia merupakan pengeluar getah ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand. Namun, ketika ini, Malaysia menjunam ke tangga ketujuh, sementara Thailand dan Indonesia kekal di kedudukan dua teratas. (LGM)
Penurunan ini disumbang oleh dua faktor utama. Pertama, penanaman getah beralih kepada komoditi lain seperti sawit dan durian yang mempunyai harga yang lebih tinggi. Kedua, kekurangan tenaga buruh yang didominasi oleh warga tua dan warga asing ketika ini. Berdasarkan laporan banci RISDA, 58% pekebun kecil getah Malaysia berusia 51 tahun ke atas. (LGM, Suara Risda)
Susulan daripada itu, lebih 420,000 hektar ladang getah terbiar di negara ini berikutan kurang penglibatan generasi muda dalam industri ini dan ketidakstabilan harga pasaran.(Berita Harian, Utusan)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.