Empat taikun besar China pindahkan sejumlah 17 Bilion USD untuk elak cukai kerajaan.

Ulasan Berita:

Empat taikun besar China memindahkan lebih daripada 17 Bilion USD kekayaan mereka ke dalam amanah keluarga mereka pada akhir tahun lepas. Keempat-empat taikun tersebut adalah Pengerusi Sunac China Holding Ltd, Sun Hongbin; Pengerusi Wanita Longfor Group Holdings Ltd, Wu Yajun; Tang Jianfang (Zhou Hei Ya International Holdings Co) ; dan Xu Shihui (Dali Foods Group Co).

Menurut The Edge Market, tindakan mereka sebagai bertujuan untuk melindungi syarikatnya daripada dikenakan polisi baharu pembayaran cukai oleh rejim sedia ada. Kerajaan China ketika ini dalam misi untuk memperkasakan semula sistem kutipan cukai daripada golongan-golongan kaya di China. Ianya adalah langkah China dalam menghadapi suasana ekonomi dunia yang perlahan sambil cuba mengurangkan beban hutang yang dihadapi China khususnya selepas membelanjakan sebahagian besar kewangannya untuk projek jambatan dan kereta api.

Pakar ekonomi daripada JP Morgan Chase & Co mensasarkan bahawa langkah tersebut akan memberikan impak sekitar 2 trilion yuan (AS $ 300 bilion), atau 1.2% daripada keluaran dalam negara kasar China.

Sumber: The Edge Markets

Disediakan Oleh:
Wafiq Azman
Editor Fokus

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syarikat Equinix labur 116 Juta USD untuk bina pusat data keempatnya di Singapura

Next Post

Petronas berhasrat untuk beli syarikat pengeluar tenaga solar terbesar di India

Related Posts
Skip to content