Kemajuan teknologi Barat hari ini hasil penjajahan ratusan tahun

BANGI: Kemajuan negara Barat pada hari ini merupakan hasil penjajahan mereka selama beratus tahun ke atas negara-negara di benua Asia dan Afrika.

Pakar sejarah terkemuka, Prof Madya Dr Farish Noor daripada Nanyang Technological University, Singapura turut memberi gambaran jurang kekayaan antara negara maju dan  negara membangun yang masih berlangsung perlu dibahaskan dalam konteks era kolonialisme dan pasca kolonialisme.

“Walaupun era penjajahan telah berakhir, jurang perbezaan kuasa, kekayaan dan kapital masih lagi ada. Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa secara realitinya kita masih hidup di alam pasca kolonialisme. Kesan penjajahan masih ada.”

“Suatu ketika dahulu teknologi yang dihasilkan di Tanah Melayu adalah setara malahan dalam sesetengah perkara lebih maju daripada negara-negara Barat,” katanya dalam ucap tama yang bertajuk “Colonial-Capitalism and Its Impact on Natural Resources in Colonized World” dalam persidangan ICRIS 2021 (International Conference on Interdisciplinary and Strategic Studies) anjuran IRIS Institute.

Dr Farish Noor turut memetik surat yang ditulis oleh anak Alfonso De Alburque, mengatakan bahawa teknologi persenjataan yang dihasilkan Melaka menyaingi senjata yang dihasilkan di Jerman pada kurun ke-16 dan 17 pada ketika itu.

“Namun, usaha penjajahan telah membantutkan perkembangan teknologi tersebut. Negara-negara Asia yang dijajah pada hari ini hidup dalam jurang kekayaan yang sangat jauh daripada pelbagai sudut berbanding kuasa imperialisme yang pernah menjajah negara mereka,” katanya.

Hadir sama Tuan Abdullah Zaik Abdul Rahman (Ikatan Muslimin Malaysia), Dato’ Ir Ts Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (Global Rare Earth Technology) dan Prof Madya Dr Aznan Hasan (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) sebagai Pengucap Tama ICRIS 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

IRIS Institute anjur persidangan bincang potensi sumber nasional

Next Post

Malaysia disaran manfaatkan instrumen zakat dan wakaf rawat ekonomi negara

Related Posts
Skip to content