Penarikan subsidi bekalan telur ayam yang bakal dibuat oleh kerajaan dikatakan untuk dimanfaatkan bagi pembangunan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak. – Astro Awani
Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, langkah ini akan menjimatkan hampir RM100 juta sebulan, iaitu RM927 juta nilai subsidi telur ayam setahun pada tahun 2023. – Astro Awani
Sebelum ini, kerajaan telah pun menamatkan subsidi bagi ayam, malah telur turut mengikut jejak langkah yang sama. Antara barang lain yang menerima subsidi kepenggunaan adalah petrol, LPG, gula, minyak masak, tepung, elektrik dan lain-lain. Rancangan rasionalisasi subsidi ini disokong oleh organisasi-organisasi antarabangsa seperti Bank Dunia dan IMF. – Fokus
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.