Kerajaan Benarkan Sektor Perladangan Ambil Pekerja Asing, Kekalkan Kebergantungan Negara kepada Pekerja Asing

Menurut Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kerajaan bersetuju membenarkan pengambilan pekerja asing khusus untuk sektor perladangan. Tambahnya, negara ketika ini dianggarkan memerlukan 40,000 pekerja asing bagi sektor ini. (Hmetro)

Ini bukan kali pertama Malaysia membawa masuk pekerja asing ke sektor perladangan. Pada Oktober 2021, kerajaan membawa masuk lebih 30,000 pekerja asing ke sektor perladangan dan pada Disember 2021, Malaysia meterai MoU pengambilan pekerja Bangladesh sehingga 2026. Data setakat November 2021 menunjukkan sejumlah 326,669 rakyat Bangladesh bekerja di Malaysia dengan jumlah majoriti di sektor perkilangan (111,694 orang) dan sektor pembinaan (136,897 orang). (BH, Sinar Harian)

Seterusnya, peningkatan pekerja asing berlarutan berikutan perlaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK). Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, lebih 700,000 PATI sudah mendaftarkan diri bagi mengisi keperluan tenaga kerja untuk lima sektor kritikal setakat Oktober 2023. (AstroAwani)

Hal ini menyebabkan jumlah pekerja asing kini melebihi kadar yang sepatutnya iaitu hanya 15 peratus bersamaan dengan 2.4 juta daripada keseluruhan tenaga kerja. Setakat Oktober 2023, dilaporkan sudah 2.7 juta pekerja asing yang berada di negara ini secara fizikal. Oleh itu, penambahan kemasukan pekerja asing baharu semestinya bakal memberi kesan kepada jumlah populasi pekerja asing di Malaysia. (AstroAwani)

Menurut Mafuzah Mohamad, Pensyarah Kanan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), matlamat negara untuk menjadi negara maju akan terjejas jika terus bergantung pekerja asing. Tegasnya, Malaysia sepatutnya meningkatkan pergantungannya kepada inovasi teknologi sejajar Pelan Pembangunan Mampan 2030. (BH)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Negara Bergantung 100 Peratus Kepada Import Gula Mentah untuk Pasaran Domestik, Hala Tuju Industri Gula Tempatan Bergantung kepada Bekalan Gula Antarabangsa

Next Post

UTM Jadi Universiti Pemula kepada Fakulti AI Pertama Dalam Negara, Bakal dimanfaat sebagai Pusat Bekalan Tenaga Kerja kepada Pusat Data YTL-NVIDIA

Related Posts

Dari Meja COO : Di Ambang Ramadhan

Setelah setahun yang panjang dan penuh dengan pelbagai peristiwa, umat Islam di seluruh dunia bertemu sekali lagi dengan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Tidak jauh berbeza dengan Ramadhan pada beberapa tahun lepas, Ramadhan pada tahun ini juga menyaksikan bagaimana ianya hadir di tengah-tengah pelbagai lipatan peristiwa yang menjadi krisis dan kemelut bagi umat Islam di seluruh dunia.
Read More

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content