Negara Bergantung 100 Peratus Kepada Import Gula Mentah untuk Pasaran Domestik, Hala Tuju Industri Gula Tempatan Bergantung kepada Bekalan Gula Antarabangsa

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, berkata hala tuju industri dan bekalan gula tempatan perlu dilihat bukan hanya pada kadar harga gula di pasaran tempatan, faktor lain seperti kestabilan bekalan gula mentah import dan kemampanan rantaian industri pembekalan gula diproses tempatan, juga harus diberi perhatian. (AstroAwani)

Tambahnya, “bekalan gula di pasaran domestik Malaysia bergantung 100% kepada import gula mentah, kita sudah tidak mempunyai bekalan gula tempatan sejak lebih 10 tahun lalu”. (Armizan)

Buat masa ini, Malaysia terpaksa bergantung penuh kepada import gula dari Brazil disebabkan tiada lagi ladang pengeluaran gula mentah dalam negara dan pembekuan eksport gula oleh Thailand dan India. Menurut Armizan, langkah mengimport gula mentah sepenuhnya dari negara luar dibuat kerana kosnya lebih rendah berbanding dikeluarkan dalam negara. (DagangNews, FMT)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PowerChina-Semarak Memeterai Perjanjian Projek Hidrogen Bernilai RM1.88 Bilion di Perak, Tambah Penglibatan China dalam Projek Tenaga Boleh Baharu Negara

Next Post

Kerajaan Benarkan Sektor Perladangan Ambil Pekerja Asing, Kekalkan Kebergantungan Negara kepada Pekerja Asing

Related Posts
Skip to content