Kerajaan Malaysia tertinggi di dunia hapus dan sekat kandungan akaun di Tiktok, tingkat kawalan ke atas penggunaan media sosial

Kerajaan Malaysia terus meningkatkan kawalan terhadap penggunaan media sosial dengan mengemukakan jumlah permintaan tertinggi di dunia kepada platform TikTok untuk menyekat dan menghapuskan kandungan serta akaun sepanjang separuh pertama tahun 2024.

Menurut Laporan Permintaan Penghapusan oleh Kerajaan yang diterbitkan pada 18 Disember, Malaysia merekodkan sebanyak 2,606 permintaan, jauh mengatasi Indonesia yang berada di tempat kedua dengan 778 permintaan. Senarai ini diikuti oleh Australia (522), Rusia (492), Pakistan (371), dan Türkiye (295). – TikTok

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 39.96% daripada 1,862 permintaan pada separuh kedua tahun 2023, dan lebih tujuh kali ganda berbanding 340 permintaan serupa pada separuh pertama tahun 2023. – The Edge

Sementara itu, META melaporkan telah menyekat akses di Malaysia kepada lebih 31,000 item yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), termasuk item yang berunsur kritikan terhadap kerajaan dan kandungan yang memecahbelahkan kaum atau agama bagi separuh pertama tahun 2024. – META

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

AS lulus transaksi senjata bernilai lebih USD 5 bilion kepada Mesir, perkukuh pengaruhnya di Timur Tengah

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content