Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir selatan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu dibuat selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), yang mana cadangan keanggotaan RCI akan dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong. (Hmetro)
Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah tiga pulau kecil antara Johor dan Singapura, yang menjadi pertikaian antara dua negara. (MalaysiaKini)
Terdahulu, pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia, selain memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya. (Hmetro)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.