Keselamatan Makanan Negara: Malaysia belum 100 peratus bersedia

Menurut Laporan Supply and Utilization Accounts Selected Agricultural Commodities, Malaysia 2014-2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia pada November tahun lepas, kadar sara diri Malaysia dalam tanaman makanan (food crop) pada tahun 2018 dicatatkan hanya mencapai 61%.

Daripada 36 komoditi makanan, 22 komoditi dilaporkan mencapai 100% kadar sara diri atau Self-Sufficiency Ratio (SSR).

Manakala, baki 14 lagi komoditi tidak mencapai tahap SSR yang sepatutnya. Antaranya; kategori tanaman – beras (70.0% SSR), kategori sayuran – cili (31.9% SSR), kubis bulat (38.7% SSR), sawi (97.6% SSR), kategori buahan – mangga (23.3% SSR), kelapa (66.8% SSR), jambu batu (94% SSR), kategori ternakan – daging kambing (11.2% SSR), daging lembu (23.9% SSR), susu segar (61.3% SSR), daging ayam dan itik (98.1% SSR), dan kategori hasil laut – ikan kembung (86.5% SSR) dan ketam (86.9% SSR).

Walaupun begitu, Kerajaan Pakatan Harapan semasa pembentangan Belanjawan 2020 hanya memperuntukkan sejumlah RM855 juta untuk pembangunan padi dan RM150 juta untuk pembangunan tanaman cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh – 20.5% daripada keseluruhan dana RM4.9 bilion yang diberikan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sebaliknya, komoditi eksport (export-oriented crop); kelapa sawit dan getah menerima dana sebanyak RM577 juta dan RM300 juta masing-masing – 17.8% daripada keseluruhan dana walaupun industri tersebut disokong oleh syarikat perladangan.

Manakala, sektor ternakan dan tanaman kontan (cash crop) tidak dilaporkan menerima dana secara spesifik dalam Belanjawan kali ini.

Melihatkan kepada statistik berkenaan, dapat dilihat bahawa Malaysia masih bergantung kepada komoditi eksport untuk hasil pendapatan negara dan peningkatan SSR dalam komoditi makanan tidak dijadikan keutamaan. Hasilnya, Malaysia hanya 61% bersedia dalam aspek keselamatan makanan negara.

Justeru, adakah Malaysia mampu bertahan dengan sumber makanan negara sedia ada sepanjang tempoh wabak Covid 19?

Landskap Edisi 6 Keluaran IRIS Insitute ini akan akan membincangkan mengenai situasi semasa keselamatan bekalan makanan negara daripada perspektif sumber makanan.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Situasi Keselamatan Makanan Negara dalam krisis wabak Covid-19

Next Post

Covid-19 & Kapitalis: Krisis Yang Menguntungkan Siapa?

Related Posts
Skip to content