Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

China ambil kesempatan atas Covid 19 – ceroboh perairan Malaysia

Penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia telah memberi impak yang jelas terhadap kesiap siagaan negara-negara membangun seperti Malaysia dalam menangani wabak ini.

Namun, satu aspek yang jarang dilihat masyarakat adalah keselamatan negara sewaktu penularan wabak berjangkit. Dalam dunia keselamatan, pasukan keselamatan besar seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom menghadapi kesukaran dengan kekangan anggota bagi mengoperasikan aset-aset strategik negara.Dengan pengurangan kes aktif Covid-19 di China, China Coast Guard (CCG) telah mengatur gerak beberapa aset mereka ke Laut China Selatan bagi meneruskan inisiatif perluasan pengaruh maritim.

Tindakan ini dilihat untuk mengisi kekosongan vakum kuasa yang ditinggalkan Amerika Syarikat akibat kemelut wabak Covid-19. Sejauh manakah tindakan China menceroboh perairan negara menjejaskan kedaulatan Malaysia?

West Capella merupakan kapal penggerudi telaga minyak milik Seadrill yang menjadi ‘epicenter’ bagi ketegangan di antara China dan Amerika Syarikat yang terledak di dalam kawasan zon ekonomi eksklusif Malaysia. Kapal tersebut yang dikontrakkan oleh syarikat multinasional negara, Petronas telah menjalankan kerja-kerja eksplorasi di Kawasan Laut China Selatan sejak Oktober 2019.

West Capella, which is under contract to Malaysian oil company Petronas, has triggered a flurry of patrols from China Coast Guard and maritime militia ships, Vietnamese maritime militia ships and ships from the Royal Malaysian Navy since its commission six months ago
West Capella, yang berada di bawah kontrak dengan syarikat minyak Malaysia, Petronas, telah mendapati terdapat beberapa rondaan dari China Coast Guard dan kapal tentera maritim, kapal tentera maritim Vietnam dan kapal dari Tentera Laut Diraja Malaysia sejak beroperasi enam bulan yang lalu

China menghantar kapal-kapal peronda dari China Coast Guard dan China Maritime Militia bagi mengekori pergerakan kapal West Capella. Amerika Syarikat bertindak menghantar kapal-kapal dari armada Pasifik untuk mengurangkan tekanan di Laut China Selatan. Memandang serius isu ini, Malaysia telah menghantar aset-aset dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Maritim Malaysia bagi memerhati tindak-tanduk China dan Amerika Syarikat.

Rajah 1: Pergerakan Kapal-kapal Negara yang Terlibat

Pergerakan Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat

Dianggap sekutu oleh sebahagian negara di rantau ASEAN, Amerika Syarikat dan sekutunya seperti Jepun dan Australia giat melakukan pelayaran di Laut China Selatan dalam usaha untuk mengimbangi kuasa laut China. Wabak Covid-19 sedikit sebanyak melumpuhkan operasi ketenteraan Amerika Syarikat. Kapal pengangkut pesawat seperti USS Theodore Roosevelt milik Tentera Laut Amerika Syarikat terpaksa di kuarantin dan dipantau di pelabuhan. Kekurangan aset strategik ini menyebabkan Laut China Selatan terdedah dengan ancaman pelayaran agresif China.

Oleh itu, Tentera Laut Amerika Syarikat bertindak dengan proaktif, merancang bagi mengisi kekurangan aset akibat wabak Covid-19. Pada 13 April, USS America, kapal yang digunakan bertujuan untuk melakukan serangan amfibia telah melakukan latihan ketenteraan bersama dengan kapal Tentera Laut Pertahanan Jepun, JS Akebono di sekitar kawasan timur Laut China Selatan.

USS America, an amphibious assault ship has been deployed and is operating in the South China Sea
USS America, sebuah kapal serangan amfibi telah dikerahkan dan beroperasi di Laut China Selatan

Setelah selesai latihan bersama JMSDF, USS America disertai dengan kapal pemusnah kelas Arleigh Burke, USS Barry dan kapal kelas Ticonderoga, USS Bunker Hill. Armada Amerika Syarikat kali ini disertai oleh sebuah kapal frigat dari Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Parramata dilihat sedang aktif melakukan latihan ketenteraan berhampiran dengan kapal West Capella. Dengan hasil gabungan kapal-kapal ini, Amerika Syarikat berharap dapat mengimbangi kehadiran China di kawasan perairan negara.

Pergerakan Kapal Peronda China Coast Guard

Menurut South China Sea Outpost, atur gerak aset-aset China Coast Guard ke kawasan perairan zon ekonomi eksklusif Malaysia adalah sejak 15 April lagi dengan 6 buah kapal termasuk kapal peronda terbesar dunia, Zhaotou Class (3901) seberat 12,000 tan dan kapal penyelidik, Haiyang Dizhi 8. Kapal-kapal ini turut disertai dengan beberapa buah kapal yang disyaki daripada China Maritime Milita. China Coast Guard bertindak mengekori kapal West Capella dari jauh dan memerhati gerak-geri Tentera Laut Amerika Syarikat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Maritim Malaysia. Taktik ini sering kali digunakan oleh China dalam mengumpul maklumat-maklumat pergerakan kapal.

Implikasi Keselamatan Negara

Kehadiran China di kepulauan Luconia bukanlah perkara yang baru. Malah sejak 2016 lagi, mereka giat menambak beberapa pulau di kepulauan Spartly untuk dijadikan markas udara dan operasi laut. Amerika Syarikat dan sekutu bertindak atas dasar Freedom of Navigation (FONOPs) sering kali mencabar kehadiran China menerusi latihan dan rondaan di Laut China Selatan.

Disini penulis ingin menegaskan bahawa ancaman dari China boleh menggugat sebarang kegiatan ekonomi di perairan milik negara. Dengan arahan memperketatkan perairan negara atas saranan Majlis Keselamatan Negara dan Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), aset-aset maritim negara sedang dikerah bagi menjaga perairan negara dengan lebih agresif. Langkah ini telah menimbulkan masalah yang dihadapi oleh agensi-agensi laut di Malaysia iaitu kekurangan aset yang boleh diatur gerak ke kawasan panas di Laut China Selatan.

Aset yang sedia ada sedang dimamah usia dan tidak berupaya untuk mencabar kapal peronda dari China. Penulis melihat, inisiatif “15 to 5” yang dilaksanakan oleh TLDM sebelum ini adalah jawapan bagi masalah aset yang membelenggu mereka. Program “15 to 5” merupakan idea Panglima Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, untuk mengurangkan pengoperasian 15 jenis kelas kapal kepada 5 jenis kelas kapal.

Namun kini, projek ini dilihat seolah-olah bukan keutamaan TLDM. Kerahan aset terpaksa dilakukan oleh TLDM dan Maritim Malaysia. Dengan kemaraan China yang sedang pesat membangunkan kepulauan Laut China Selatan, negara seharusnya memandang serius akan ancaman ini demi memastikan sumber hasil negara tidak jatuh ke tangan luar. Wabak Covid-19 memberi pengajaran yang cukup bermakna buat negara dalam proses menimba ilmu dalam pengurusan aset dan kepentingan memiliki aset yang setanding dengan zaman moden.

*Irfan Alias merupakan Kolumnis Fokus dan Pelajar Lepasan Jurusan Kejuruteraan Mekanikal University of New South Wales, Australia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ramalan Belt and Road Initiative(BRI) China Pasca COVID-19

Next Post

China tubuh dua daerah baru sebagai strategi kuasai Laut China Selatan

Related Posts

Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

Bagaimana Zionisme Disokong oleh Seluruh Yahudi?

Antara cabaran membuat sesuatu gerakan impak besar dalam sejarah adalah bagaimana menerapkan idea tersebut pada kelompok ramai bawahan…
Read More