Ketegangan Hubungan China-Filipina Meningkat, AS Adakan Rondaan Kedua Bersama Filipina disaat Provokasi Berterusan dengan China di Laut China Selatan

Filipina pada 3 Januari yang lalu mengumumkan rondaan bersama Amerika Syarikat (AS) selama dua hari di Laut China Selatan. Tindakan ini dilihat satu langkah yang mungkin tidak disenangi China. (The Star)

Pembabitan keselamatan antara dua negara bersekutu itu meningkat tahun lalu ketika ketegangan semakin meningkat di Laut China Selatan, di mana Filipina dan China saling menyalahkan satu sama lain atas beberapa kejadian.

Filipina dan AS pertama kali melancarkan rondaan bersama pada November, mengadakan latihan ketenteraan selama tiga hari di perairan berhampiran Taiwan dan di Laut Filipina Barat, istilah Manila untuk perairan Laut China Selatan dalam zon ekonomi eksklusifnya. (RTMb)

Rondaan terbaharu itu berkemungkinan tidak disenangi China ketika ketegangan meningkat di Laut China Selatan. Minggu lalu, Beijing berkata, ia tidak akan menutup mata terhadap provokasi dan gangguan oleh Filipina. Media negara China juga menuduh Manila bergantung pada sokongan AS untuk terus memusuhi China.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada Rasa Patriotik Dan Semangat Kekitaan Punca Sebahagian Rakyat Malaysia Lemah Penguasaan Berbahasa Melayu- Pakar

Next Post

Amalan Ali Baba Ancam Kedudukan Bumiputera dalam Pasaran Tempatan, Warga Asing Menguasai Kawasan Perniagaan Negara

Related Posts

RADAR EDISI 66

[membership level=”1″] RADAR EDISI 65 5 September 2019 -DALAM NEGARA- Politik 1. Jeffrey G Kitingan, Presiden Parti Solidariti…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content