Konflik LCS: US, China akan Kekalkan Dialog untuk Elak Pertembungan

 

Pulau Spartly dalam konflik LCS
Pulau Spartly dalam konflik LCS

Khamis lalu, tentera laut China dan U.S. mengadakan perbincangan bersama di peringkat tertinggi selepas sebuah kapal perang milik U.S. mencabar “ketuanan” kerajaan China ke atas wilayah di Laut China Selatan. Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan dialog dan mematuhi protokol bagi mengelakkan pertempuran.

Selepas perbicangan itu, ketua operasi tentera laut U.S. Admiral John Richardson dan rakan sejawat beliau, Admiral Wu Shengli merangka lawatan ke pelabuhan oleh kapal U.S. dan China, dan turut merancang lawatan ke China oleh pegawai-pegawai senior Tentera Laut US

Kedua-dua pegawai dari U.S. dan China turut bersetuju dengan keperluan mereka untuk mematuhi protokol yang telah ditubuhkan di bawah Kod untuk Pertembungan Tidak Dirancang di Laut.

Tambah pegawai itu lagi, “Mereka bersetuju akan kepentingan bagi kedua-dua belah pihak untuk terus menggunakan protokol di bawah perjanjian CUES sewaktu menjalankan operasi bagi mengelakkan berlaku sebarang provokasi dan salah faham.”

Perbincangan melalui video telepersidangan tersebut diadakan bagi menyelesaikan ketegangan yang berlaku apabila Beijing mengkritik tindakan Washington yang telah menghantar sebuah kapal pemusnah yang berpeluru pandu dalam jarak 12 batu nautika daripada salah satu pulau buatan China di kepulauan Spratly Laut China Selatan pada Selasa lalu.

Jurucakap Tentera Laut U.S. menekankan pendirian Washington yang menegaskan bahawa operasi pelayaran bebas U.S. hanya bertujuan untuk “melindungi hak, kebebasan, dan penggunaan laluan laut dan laluan udara yang sah yang dijamin kepada semua negara di bawah undang-undang antarabangsa.”

Tiada sebarang komen yang diberikan dari pihak China ketika perbincangan berlangsung. Seorang jurucakap bagi Menteri Pertahanan China pada awalnya berkata bahawa Wu akan membentangkan “pendirian Beijing terhadap kemasukan kapal U.S. tanpa kebenaran” di perairan Laut China Selatan.

“Kami akan mendesak pihak U.S. untuk tidak terus menggunakan laluan yang salah. Jika mereka masih melakukan perkara itu, tindakan yang sewajarnya akan diambil,” kata Yang Yujun, jurucakap Menteri Pertahanan.

Khamis lalu, China menghadapi masalah dengan tuntutan wilayah di Laut China Selatan apabila mahkamah arbitrase di Hague mengatakan mereka mempunyai kuasa untuk mendengar beberapa lagi tuntutan wilayah yang difailkan oleh Filipina terhadap China.

Mahkamah yang berpangkalan di Hague itu berkata mereka akan mendengar tuntutan Filipina bagi menentukan merit terhadap hujah yang dibuat mereka. China tidak terlibat dengan prosiding mahkamah tersebut serta tidak mengakui kuasa mahkamah dalam pengendalian kes ini.

 

Terjemahan oleh: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Militari Dunia – US Halang Eksport Jet Pejuang Korea ke Uzbek

Next Post

China Tercabar dalam Tuntutan Laut China Selatan

Related Posts
Skip to content