Lebih 500 Ribu Buruh Asing ‘Menganggur’ dan Berkeliaran dalam Koloni Pekerja Asing, Risiko Kepada Peningkatan Beban Sosial dan Masalah Keselamatan Negara

Jumlah pekerja asing yang ‘menganggur’ atau langsung tidak diupah oleh mana-mana majikan dan bekerja dalam bidang bukan sektor dibenarkan di negara ini didapati kini menjangkau lebih 500,000 orang. Meskipun mereka masuk secara sah dan sepatutnya sudah berkhidmat dalam lima sektor dibenarkan kerajaan, bagaimanapun ia tidak berlaku sekali gus memaksa mereka ‘berkeliaran’ dalam koloni pekerja asing di seluruh negara. (Berita Harian)

Keadaan ini menimbulkan risiko kepada peningkatan beban sosial dan masalah keselamatan negara, kerana pekerja asing yang menganggur sememangnya mempunyai akses kepada infra dan sumber sosial negara seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan serta mungkin terdedah kepada aktiviti-aktiviti haram yang boleh memberi risiko kepada keselamatan negara.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr Sukumaran Nair, berkata kebanyakan pekerja asing yang menganggur adalah dari negara Asia Barat yang masuk melalui permintaan majikan di negara ini. Namun, beliau berkata, jumlah yang dibawa masuk berlebihan apabila majikan membuat permohonan jumlah pekerja asing yang diingini. (Astro Awani)

Beliau juga mengesyorkan supaya proses pengambilan pekerja asing ke dalam negara dijalankan sepenuhnya oleh ejen-ejen tempatan yang berlesen di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), dengan mengikut garis panduan serta tatakelola yang ditetapkan oleh kementerian-kementerian yang terlibat. (Astro Awani)

Pada 4 Januari yang lalu, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, agar mana-mana syarikat yang didapati membawa masuk pekerja asing tetapi gagal menempatkan mereka di sektor pekerjaan, perlu dikenakan kompaun tinggi sehingga RM30,000 bagi setiap pekerja. (Astro Awani)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kuasa-Kuasa Eropah Dan Sekutu A.S Tingkatkan Campur Tangan Dalam Krisis Di Laut China Selatan, Jalin Kerjasama Strategik dengan Negara Asean

Next Post

Negeri Sembilan Lulus Sop Perlombongan Ree, Kekalkan Malaysia Sekadar Penerima Royalti Daripada Syarikat China

Related Posts

Dari Meja COO : Di Ambang Ramadhan

Setelah setahun yang panjang dan penuh dengan pelbagai peristiwa, umat Islam di seluruh dunia bertemu sekali lagi dengan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Tidak jauh berbeza dengan Ramadhan pada beberapa tahun lepas, Ramadhan pada tahun ini juga menyaksikan bagaimana ianya hadir di tengah-tengah pelbagai lipatan peristiwa yang menjadi krisis dan kemelut bagi umat Islam di seluruh dunia.
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content