Landskap Edisi 6/2021
Baru-baru ini berlaku banyak penangkapan dan pembongkaran terhadap kegiatan jenayah bersifat subversif oleh Kongsi Gelap Cina.
Antaranya adalah sindiket melibatkan penipuan telekomunikasi Macau Scam, pemalsuan identifikasi kerakyatan, rasuah penguat kuasa, menaja parti-parti politik bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan haram pengedaran dan penyeludupan dadah, perjudian atas talian, pelacuran, penyeludupan senjata dan lain-lain.
Kegiatan jenayah subversif oleh Kumpulan Kongsi Gelap Cina ini bukanlah sesuatu yang baru di negara kita.
Jika melihat kepada bukti sejarah, huru-hara dan peperangan yang dicetuskan oleh kumpulan ini berlaku sejak ratusan tahun lalu melibatkan perang saudara antara kumpulan Ghee Hin dan Hai San, kemudian penglibatan Kumpulan Tian Meng Hui menjalankan gerakan subversif di Tanah Melayu bagi membantu dan memberi dana revolusi China kepada Sun Yat Sen sehinggalah aktiviti-aktiviti terbaru melibatkan kumpulan The 4 Heavenly Kings, Datuk Seri Khoo Tee Yam.
Satu persamaan antara semua Kumpulan Kongsi Gelap Cina ini mereka memiliki jaringan dan pengaruh yang sangat kuat dan luas di dalam dan di luar negara dengan jumlah ahli yang mencecah puluhan ribu di serata dunia.
Tulisan ini akan memberikan fokus kepada Kumpulan Kongsi Gelap Antarabangsa 14K Triad yang disyaki terlibat secara langsung dengan Geng Nicky (sebagai proksi) dalam menjalankan aktiviti jenayah subversif di Malaysia.
Jaringan dan pengaruh yang luas ke dalam struktur pemerintahan negara membolehkan sindiket ini bergerak di atas rule of law dan bebas bertindak secara sesuka hati.
Baca rumusan penuh pada pautan yang disediakan di bawah (Bagi Pelanggan Eksklusif, Sila Login terlebih dahulu untuk baca):