Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat telah memutuskan penggunaan dadah penenang Midazolam yang digunakan dalam prosedur suntikan maut sebagai hukuman kejam dan luar biasa di salah sebuah negerinya adalah tidak menyalahi undang-undang sekali gus tidak menyukarkan hukuman mati.
Majoriti hakim konservatif telah membantah penggunaan dadah tersebut kerana ia tidak berjaya mencapai paras ketidaksedaran yang digariskan dalam pembedahan maka ia tidak sesuai digunakan dalam hukuman mati.
Bantahan telah dikemukakan oleh Hakim Samuel Alito pada Isnin lalu bahawa pesalah tidak mempunyai alternatif lain yang sesuai serta tidak menyakitkan manakala Hakim Stephen Breyer dan Ruth Bader mahu hukuman mati tersebut dikaji semula.
Kini persoalan utamanya berkenaan penggunaan Midazolam sebagai hukuman mati telah melanggar Eight Amendment dalam Perlembagaan AS atau tidak dan haruskah hukuman ini diteruskan penggunaannya memandangkan kebanyakan negara maju telah melarang penggunaan dadah tersebut.
Breyer pula mempercayai tindakan hukuman mati tersebut telah menyalahi Eight Amendment itu namun disangkal oleh Hakim Antonin Scalia.
April lalu, Alito dari pihak konservatif berkata bahawa penggunaan dadah sebenarnya tidak sesuai digunakan sebagai hukuman mati manakala Hakim Elena Kagan dari pihak liberal membantah dengan mendakwa hukuman berasaskan dadah itu bertujuan untuk penyeksaan dalaman.
Akibat penggunaan midazolam
April 2014, Clayton Lockett mengerang kesakitan akibat suntikan gagal diberi dengan betul lalu mengakibatkan proses ketiga-dadah yang digunakan oleh pegawai penjara Oklahama diteliti semula.
Sementara itu, banduan Richard Glossip telah memukul majikannya hingga mati, John Grant telah menikam seorang pekerja tahanan sehingga maut dan Benjamin Cole pula telah membunuh anak perempuannya yang berusia sembilan tahun akibat risiko daripada prosedur tersebut.
Menurut peguam, pesalah Midazolam tidak mampu mengekalkan keadaan koma (tidak sedarkan diri) dan mampu berpotensi meninggalkan banduan dalam kesakitan teruk yang menghalang pernafasan dan mampu memberhentikan jantung.
Negeri Oklahama, Florida, Ohio dan Arizona pernah menggunakan dadah tersebut dalam hukuman mati dan hukuman ini pernah dibicarakan pada tahun 1976 oleh Mahkamah Perlembagaan AS melalui kes Gregg melawan Negeri Georgia.
Kini 31 daripada 50 negeri masih lagi menjalankan hukuman mati sedemikian.
Nurul Fitrah Abdullah
Sumber: Al-Jazeera