Bernie Sanders: Saya dan Elizabeth Warren Akan Mengetuai Usaha Menghentikan TPP

Gambar menunjukkan Sen. Bernie Sanders sedang mengutarakan pendapatnya mengenai TPP.

                                Sumber : Real Clear Politics.

 

Chris Hayer hampir saja menghentam Sen. Bernie Sanders dengan persoalan tentang mengapa Presiden Barack Obama begitu bersemangat untuk meluluskan Trans-Pacific Partnership : ”Adakah Presiden salah? Adakah beliau sedang berbohong? Menurut pendapat tuan mengapa Presiden Barack Obama begitu bersungguh-sungguh mahukan perjanjian ini?”

”Saya tidak akan menganalisis Barack Obama,” balas Sanders. ”Mengenai isu ini, Obama bersalah. Bill Clinton pula bersalah dalam isu NAFTA.”

Sen. Bernie Sanders (D) calon Presiden : Saya berpendapat bagi sesiapa yang faham tentang perjanjian kita sebelum ini, di mana TPP adalah satu perjanjian yang lain pula, merupakan bencana buat golongan kelas pertengahan dan keluarga yang bekerja. Semua itu telah dirancang oleh Amerika Syarikat (AS).

Hasilnya sejak 2001, kita telah kehilangan 60,000 kilang di Amerika, berjuta pekerjaan, dan semuanya berkait dengan polisi perdagangan yang membawa bencana ini. Hakikatnya, pekerja Amerika tidak perlu bersaing dengan masyarakat dunia yang menjana beberapa sen sejam.

 

Parti Republik pula bersalah dalam PNTR dengan China.

Tahukah anda, saya fikir jika kita lihat semula sejarah perjanjian perdagangan, apa yang kamu temui adalah ia telah ditulis oleh Wall Street. Ia telah ditulis oleh AS dan syarikat syarikat dadah di mana pada pandangan saya ia merupakan malapetaka buat pekerja Amerika. Sekarang Presiden adalah berbeza, dan beliau akan memberitahu mengapa dia berbeza.

Dalam hal ini saya berpendapat Obama bersalah. Saya fikir hampir kesemua kesatuan di negara ini menentang perjanjian ini.

Saya dan Elizabeth akan mengetuai usaha untuk menghentikan perjanjian ini.

 

Terjemahan oleh : Nurul Fitrah Abdullah

Sumber : Real Clear Politics

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sekilas Pandang Apa Yang Berlaku Di Dunia

Next Post

Keselamatan Ruang Siber, Salah Satu Agenda Malaysia

Related Posts
Skip to content