Terbaru tentang Konflik Perjanjian Nuklear iran

 

url

Iran sama sekali tidak berminat dalam menghasilkan senjata nuklear menurut kenyataan James Henry Fetzer, seorang profesor yang sudah bersara daripada kerjaya tersebut dan kini sedang menetap di Madison, Wisconsin. Propaganda yang mengatakan bahawa Iran sedang mengusahakan senjata nuklear adalah lakonan politik yang dihasilkan oleh pihak Zionis. Objektif utama Iran menurut pesara itu lagi, adalah lebih kepada meluaskan pengaruhnya dalam usaha untuk menjatuhkan Israel. Apabila diminta untuk memberikan pandangannya tentang tindakan Bob Cork di Kongres baru-baru ini, Fetzer menyatakan alasan yang diberikan oleh Bob Cork mengenai sekatan terhadap Iran adalah tidak wajar sama sekali.

Menurut Joint Comprehensive Plan of Action (JCPOA), Iran akan diiktiraf sebagai kuasa nuklear oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan akan meneruskan program penambahbaikan uranium negara tersebut. Sekatan terhadap negara Republik Islam itu juga akan turut dihapuskan dengan syarat, beberapa kekangan akan dikenakan terhadap program nuklear mereka.

Bob Cork, Senator Republikan Amerika Syarikat telah mendesak Kongres untuk meneruskan lagi sekatan terhadap Iran setelah senator Mark Kirk dan Robert Menendez meluluskan rang undang-undang untuk melanjutkan sekatan yang juga dikenali sebagai Iran Sanctions Act (ISA) terhadap Iran untuk 10 tahun lagi. Tanpa sekatan tersebut, Bob Cork risau Iran akan bertindak di luar kawalan.

Amerika Syarikat, Israel dan beberapa sekutu mereka menuduh Iran menggunakan program tenaga nuklear mereka untuk tujuan ketenteraan. Tuduhan tidak berasas itu telah menyebabkan Iran dikenakan sekatan haram oleh Washington dan sekutunya. Iran, walau bagaimanapun, menegaskan bahawa sebagai ahli International Atomic Energy Agency (IAEA) mereka berhak untuk menggunakan teknologi nuklear itu untuk tujuan keamanan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Non-Proliferation Treaty (NPT). Negara itu juga turut mengenakan polisi ‘tenaga nuklear untuk semua, tiada senjata nuklear untuk semua’.

Berdasarkan kajian pada tahun 1987, Israel dikatakan bukan sahaja memiliki senjata nuklear yang banyak, negara tersebut juga dikatakan boleh menghasilkan bom hidrogen. Fetzer percaya bahawa industri nuklear di Amerika merupakan punca sekatan terhadap Iran itu diteruskan. Mereka tahu bahawa Iran mampu menjual senjata nuklear kepada negara-negara Dunia Ketiga pada harga yang lebih rendah berbanding Amerika.

Fetzer turut menyatakan kekesalannya terhadap Dewan Senat Amerika Syarikat yang gagal untuk memahami bahawa Iran sama sekali tidak mempunyai minat dalam menghasilkan senjata nuclear. Malah, berdasarkan undang-undang antarabangsa oleh Geneva Conventions berkenaan hubungan perikemanusiaan antara negara, hukuman secara kolektif adalah dilarang sama sekali, malah tindakan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai jenayah perang.

 

Tentangan dari ahli parti Obama

Susulan daripada berita tersebut, Presiden Barack Obama baru-baru ini  telah dikejutkan oleh keputusan dua orang penggubal undang-undang berbangsa Yahudi dari Parti Demokratik beliau untuk menentang perjanjian nuklear dengan Iran.

Senator Chuck Schumer berkata pada Khamis yang lalu, beliau akan mengundi untuk menentang perjanjian nuklear yang telah dibincangkan di Vienna pada bulan Julai yang lalu di Vienna. Tidak lama selepas Chuck Schumer mengumumkan keputusan beliau, Elliot Engel, ahli demokrat Dewan Jawatankuasa Luar Negeri turut sama menentang usaha oleh presiden negara tersebut.

Kongres AS masih lagi mengkaji perjanjian tersebut dan undian untuk meluluskan perjanjian itu berkemungkinan besar akan dilakukan pada bulan September ini. Menurut Schumer, pihak-pihak yang menyokong dan menentang perjanjian ini masing-masing mempunyai pandangan yang kukuh tentang pendirian mereka dan beliau memutuskan untuk termasuk dalam pihak yang menentang perjanjian tersebut. Engel memutuskan untuk menentang kerana beliau percaya Iran tidak akan berpegang kepada janji mereka.

Kebanyakan Republikan menentang perjanjian dengan Iran tersebut. Namun, dua pertiga undian diperlukan oleh kedua-dua Dewan Kongres untuk mengelakkan kuasa veto oleh presiden dalam merealisasikan perjanjian itu. Untuk memperoleh undian tersebut, Republikan memerlukan sokongan daripada pihak Demokratik.

Pengumuman oleh Schumer dan Engel merupakan satu tamparan yang hebat kepada Obama yang sedang berusaha dalam menyelamatkan perjanjian nuklear Iran di Kongres, yang dijangka akan meluluskan permintaan pihak yang menentang usaha presiden itu. Kongres itu sendiri masih lagi meragui objektif perjanjian nuklear tersebut.

 

Terjemahan: Shamimi Amlee

Sumber: PressTV [1][2]

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Analisa Kegagalan Sistem Demokrasi Liberal di Amerika Syarikat

Next Post

Pelarian Rohingya Berpindah ke Penempatan Baru di Indonesia

Related Posts
Skip to content