Malaysian Malaysia, sebuah ideologi politik retorik untuk menghapuskan identiti, berpaksikan bangsa dan agama

1)Ideologi yang bahaya dalam politik adalah ideologi “Malaysian Malaysia”. Ideologi ini berhasrat untuk menghapuskan sebarang bentuk identiti yang mengikat diri manusia sama ada berpaksikan agama dan bangsa.

2)Hal ini sangat bercanggahan dengan fitrah asasi manusia. Manusia secara sosialnya memerlukan sesuatu untuk disandarkan sebagai satu identiti. Apabila tiada identiti, maka hidupnya tiada tujuan dan menjadi satu entiti tanpa jati diri.

3)Hari ini politik berasaskan identiti dinisbahkan sebagai politik perkauman. Hal ini merupakan satu cabaran kepada para Elit Global di peringkat antarabangsa untuk mewujudkan satu masyarakat global yang sama identitinya tanpa terikat kepada identiti asal.

4)Sebarang percanggahan dan pertentangan akan dihapuskan dalam sebarang bentuk bidang. Oleh kerana itu politik berasaskan identiti ini mengalami infiltrasi semantik dan dikira sebagai perkauman.

5)DAP adalah parti pragmatis dalam hal ini. Bagi mengelakkan daripada digelar sebagai parti Chauvinis, rasis dan ekstremis mereka memakai slogan ini “Malaysian Malaysia” untuk meraih sokongan antarabangsa dan menyatukan pelbagai pihak yang anti kepada Politik berasaskan Melayu dan Islam dan mempunyai cita-cita hegemoni sendiri di Tanah Melayu seperti “Islam Liberal, Kristian Evangelis, Chauvinis, Pengganas Ltte”. Adakah satu kepelikan mereka duduk di bawah satu payung? Jawabnya tidak.

6)Strategi mereka masih sama untuk meraih undi. Mereka mengangkat slogan-slogan rasis dan “menipu” kaum mereka sendiri untuk meraih undi. Mereka sebenarnya tidaklah ikhlas berjuang untuk kepentingan kaum mereka tetapi lebih kepada strategi untuk meraih undi. Hasilnya kaum mereka juga masih tidak terbela.

7)Hal ini juga terdapat di dalam beberapa parti komponen yang berasaskan Melayu seperti UMNO dan Bersatu. Perjuangan Melayu hanyalah slogan pragmatis, kerana mereka boleh bertukar kiblat undian pada bila-bila masa sahaja.

8)Justeru rakyat Malaysia pelbagai kaum memerlukan kepada sebuah parti baru yang mampu untuk memimpin kestabilan nasional dan menjaga hak semua kaum agar negara menjadi stabil dan aman damai.

9)Rakyat Malaysia perlukan kepada solusi kepada semua permasalahan politik yang berlaku hampir 60 tahun ini. Parti yang dibarisi barisan profesional yang mampu berbahas soal polisi dan merangka polisi-polisi baru yang boleh membawa suara rakyat dan menyelesaikan masalah mereka di dalam parlimen, parti yang meraikan anak muda dan meletakkan orang berusia sesuai pada posisinya, parti yang mementingkan kemaslahatan rakyat lebih dari kemaslahatan sendiri, parti yang mampu menyatu padukan bangsa majoriti untuk mengekalkan kestabilan tanpa perlu menindas dan mengetepikan bangsa lain.

10)Adakah sudah wujud parti yang membawa aspirasi sebegitu dalam konteks Malaysia? Secara idealnya, amat sukar untuk menjumpai parti sebegitu. Jika ada, adakah anda bersedia untuk memberikan sokongan?

Ditulis oleh:
Asyraf Farique
Ketua Editor Fokus

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RADAR EDISI 91

Next Post

RADAR EDISI 92

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content