Manual Perang Amerika: Wartawan Jadi Sasaran

Ashton Carter, Setiausaha Jabatan Pertahanan AS (AFP)
Ashton Carter, Setiausaha Jabatan Pertahanan AS (AFP)

Jabatan Pertahanan US telah melancarkan sebuah manual perang, Department of Defense Law of War Manual yang mengandungi peraturan-peraturan ketika berperang dan  memperincikan contoh-contoh pembunuhan yang dibenarkan.

Manual tersebut telah menerangkan beberapa langkah yang dibenarkan untuk membunuh musuh. Kaedah-kaedah yang dibenarkan adalah seperti menembak, meletupkan, mengebom, menikam atau mencederakan musuh. Namun penggunaan racun atau gas berbahaya tidak dibenarkan. Selain itu, serangan mengejut juga merupakan salah satu langkah yang dibolehkan.

Buku yang mengandungi sebanyak 1176 halaman itu turut menyatakan bahawa wartawan dilabel sebagai “penyerang tanpa hak” (unprivileged belligerents), menggantikan istilah “pejuang haram” (unlawful enemy combatant) yang telah diguna pakai sebelum ini sewaktu pemerintahan Presiden George W. Bush.

Malah, manual terbabit ada menyatakan, “Secara umumnya, wartawan merupakan rakyat awam. Tetapi mereka juga berkemungkinan menjadi ahli kumpulan bersenjata, individu yang diberi kuasa untuk berada bersama-sama ahli kumpulan bersenjata atau penyerang tanpa hak atau penyerang haram.”

Penyerang haram ini merujuk kepada individu yang tidak ditawarkan hak-hak daripada Geneva Conventions, dan juga merujuk kepada mereka yang dinafikan status tawanan perang dan akan ditahan dalam tempoh yang tidak diketahui.

“Manual ini turut memberikan kerajaan AS kebenaran untuk menyerang atau membunuh wartawan yang mereka tidak suka tetapi tidak sebaliknya,” kata Chris Chambers yang merupakan seorang profesor dalam bidang kewartawanan di Georgetown University.

Jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonal Joseph R. Sowers pula berkata manual terbabit tidak signifikan dan tidak terikat dengan undang-undang.

“Pekerjaan yang dilakukan oleh ahli-ahli kumpulan bersenjata luar seperti Al-Qaeda walaupun ada aktiviti mereka yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti kewartawanan, akan terus digelar sebagai penyerang tanpa hak dan bukan lagi sebagai wartawan,” tambah Sowers lagi.

Sumber: PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kronologi Kemenangan Gerakan LGBT di Amerika Syarikat

Next Post

Parlimen Turki dibuka bagi penggal ke-25

Related Posts
Skip to content