Masyarakat Muslim Filipina Bantah Label Rasis – “Muslim Type”

Sumber: Anadolu Agency
Sumber: Anadolu Agency

Bandar Zamboanga, Filipina – Masyarakat Islam Filipina menyuarakan bantahan terhadap terma yang diguna bagi menggambarkan ciri-ciri suspek pengeboman sebuah bas penumpang di selatan negara tersebut pada minggu lalu.

Kebanyakan pengguna media sosial yang berang dengan kenyataan berunsur perkauman tersebut telah menukar gambar profil mereka dengan status: “Saya seorang ‘Muslim type’ dan saya bukan seorang pengebom. #ENDdiscrimanationNOW (hentikan diskriminasi sekarang)”

Rangkaian Professional Muda Moro menyatakan bahawa gambar-gambar tersebut membuktikan kesatuan orang Islam dalam menyangkal tuduhan rasis ‘Muslim type’ seperti yang digunakan dalam lakaran artis untuk menggambarkan ciri-ciri dalang pengeboman bas di Zamboanga.

“Kita perlu berdiri teguh dan bersatu menentang segala bentuk rasisme dan diskriminasi terhadap umat Islam!” Tulis mereka.

Minggu lalu, penyiasat polis mengeluarkan satu lakaran artis terhadap suspek pengeboman tersebut, malah lelaki tersebut digambarkan dengan ciri “Muslim type.”

Lakaran tersebut dikeluarkan susulan satu letupan besar yang menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan dan mencederakan lebih daripada 30 penumpang yang lain ketika mereka sedang turun daripada bas di terminal bas Zamboanga pada hari Jumaat.

Isnin lalu, pemimpin agama daripada kesatuan ulama Zamboanga berarak menuju dewan bandaraya bagi membantah gambaran yang diberikan oleh pihak berkuasa itu.

Pengarah Biro Siasatan Negara, Ferdinand Lavin kemudiannya memohon maaf atas penggunaan frasa tersebut. Jelas beliau ia adalah menurut keterangan yang diberikan seorang saksi. Lavin juga menambah bahawa lakaran beserta gambaran ciri yang diberikan tersebut adalah untuk membantu siasatan dan sepatutnya kekal rahsia, tetapi ianya menjadi heboh apabila dimuatnaik ke laman sosial. Lavin turut menegaskan keperluan untuk meneruskan siasatan.

Timbalan Datuk Bandar, Cesar Ituralde menyarankan pihak berkuasa agar lebih teliti dan berhemah supaya tidak menyentuh senstiviti sebahagian kumpulan di bandar tersebut.

Rangkaian Professional Muda Moro bagaimanapun melihat isu sebenar yang sedang berlaku, “mereka (pihak berkuasa) mungkin boleh mengakui kesilapan dalam memberikan gambaran ciri suspek. Namun realitinya, kita semua tahu bahawa isu perkauman memang berlaku. Bukan hanya di bahagian selatan ini, bahkan hampir kesemua kawasan di Filipina,” tulis mereka.

“Saya mengutuk diskriminasi dan gambaran berat sebelah sebegini,” kata Ulysses John Pagente, ahli komuniti kristian Zamboanga, melalui Facebooknya. “Ianya satu penghinaan walaupun terhadap mereka yang bukan Islam. Saya seorang katolik tetapi rupa saya seperti Tausug,” kata beliau, merujuk kepada masyarakat muslim yang merangkumi Mindanao, Sulu dan Palawan di sebelah selatan Filipina.

Almocera ditanya sekiranya dia melakukan pengeboman sedemikian, adakah lakaran artis terhadapnya akan menggunakan perkataan “Muslim type”?

“Oh tolonglah. Hentikan. Berhentilah daripada mengaitkan keganasan dengan sebarang agama. Ianya amat keterlaluan. Saya bangga mempunyai kawan beragama Islam, saya hormati mereka. Apabila hidup dalam kebudayaan yang pelbagai, kita perlu belajar untuk menghormati satu sama lain,” tulis beliau.

 

Terjemahan oleh:  Huzaifah Ibrahim

Sumber: AA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tentera Israel Menembak Mati Gadis Palestin; Dihalang Diberikan Bantuan Kecemasan

Next Post

Strategi Pivot To Asia-Pacific Obama – Satu Provokasi

Related Posts
Skip to content