Mayat Kanak-kanak Perempuan Syria Terdampar Di Pantai Turki

Mayat kanak-kanak perempuan Syria yang terdampar di wilayah Izmir.
Kanak-kanak perempuan Syria yang terdampar di wilayah Izmir.

Mayat seorang kanak-kanak perempuan Syria yang berumur 4 tahun telah ditemui terdampar di wilayah Izmir barat Turki beberapa minggu selepas mayat Aylan Kurdi, kanak-kanak lelaki Syria yang dijumpai di sebuah pantai di Bodrum, sekaligus mewujudkan protes yang menyokong pelarian Syria di peringkat antarabangsa.

Menurut beberapa pihak berkuasa tempatan di Turki, mayat kanak-kanak perempuan yang masih belum dikenal pasti itu ditemui terdampar pada pagi Jumaat yang lepas di kawasan Altinkoy di daerah Cesme wilayah Izmir.

Hanya 14 yang selamat

Laporan awal mengatakan bahawa sebuah bot yang dipenuhi dengan kesemua pelarian daripada Syria sedang menuju ke sebuah pulau Greek sebelum tenggelam. Pegawai yang mengawal pantai Turki berjaya menyelamatkan 14 warga Syria, termasuk 8 orang kanak-kanak dalam sebuah operasi menyelamatkan kesemua pelarian tersebut. Mereka yang berjaya diselamatkan telah dihantar ke District Gendarme Command Center.

Penemuan mayat Aylan Kurdi di tepi pantai berdekatan Bodrum telah menggerakkan komuniti antarabangsa untuk menilai semula pandangan mereka terhadap ribuan pelarian dari Afrika dan Timur Tengah.

Kurdi merupakan salah seorang daripada 12 pelarian, termasuk 8 orang kanak-kanak, yang lemas pada hari tersebut selepas bot mereka tenggelam dalam perjalanan ke kepulauan Greek di Laut Aegean. Semenjak insiden itu, Eropah telah menyediakan tempat perlindungan untuk penduduk Syria yang mencari perlindungan daripada konflik yang berlaku antara Afrika dan Timur Tengah.

Sepanjang 5 bulan pertama pada tahun 2015, lebih 42,000 orang yang kebanyakannya merupakan pelarian, tiba di Greece menurut sebuah laporan oleh United Nations Refugee Agency (UNHCR).
Menurut UNHCR lagi, lebih 300,000 ribu orang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyeberang laut Mediterranean sepanjang tahun ini, dan lebih 2,500 pelarian yang mencari perlindungan terkorban atau hilang dalam usaha mereka mencari perlindungan.

 

Penterjemah : Shamimi Amlee

Sumber :  MOM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

AS Mahu Hapuskan Kerajaan Lain, Kata Pengasas Wikileaks

Next Post

Krisis Pelarian Syria: Pelarian sebagai “SENJATA” Politik

Related Posts
Skip to content