Mesir Menindas Kebebasan Media

Sumber: AA
Sumber: AA

Sindiket wartawan Mesir mengkritik cadangan undang-undang anti keganasan, dan memberi amaran bahawa draf undang-undang yang sedang dirangka itu akan bercanggah dengan perlembagaan negara serta melanggar kebebasan media.

“Rangka undang-undang tersebut adalah satu bentuk tekanan kepada hak kebebasan media”, menurut kenyataan sindiket tersebut.

Minggu lepas, kabinet Mesir meluluskan rang undang-undang tersebut, dan sekarang hanya menunggu kelulusan daripada Presiden Abdel Fattah al-Sisi.

Al-Sisi yang sekarang merupakan kuasa tertinggi badan legislatif, selepas beliau menggulingkan kerajaan sah Presiden Morsi menerusi rampasan kuasa pada 2013.

Kabinet melulusan draf undang-undang tersebut, apabila serangan militan yang dikuatiri didalangi oleh ISIS mula menyerang beberapa pusat pemeriksaan di wilayah terkawal, Semenanjung Sinai.

Media sebelum ini melaporkan bahawa, sejumlah 60 orang askar telah terbunuh dalam serangan-serangan tersebut. Namun, ianya bercanggah dengan laporan pihak askar yang hanya melaporkan sejumlah 21 orang askar yang terkorban.

Menurut undang-undang baru tersebut, sesiapa yang menerbitkan berita tentang aktiviti keganasan yang bercanggah dengan laporan rasmi kerajaan bakal berdepan penjara tidak kurang daripada dua tahun.

Ketua sindiket media dalam kritikan beliau menyatakan, sesetengah artikel dalam undang-undang baru tersebut adalah bercangggah dengan perlembagaan Mesir dan menekan hak kebebasan media. Malah perkara ini  tidak akan membantu dalam mengurangkan walau sedikit pun kegiatan keganasan di negara tersebut.

Tambahnya lagi, draf undang-undang tersebut – sekiranya diluluskan – akan menindas pemberita daripada mendapatkan maklumat yang berbeza dan hanya terhad dengan satu-satu sumber sahaja.

“ Kami menolak artikel tersebut, dan tidak mahu ada apa-apa sekatan kepada kebebasan media,” ujar pengerusi sindiket , Yehia Qallash kepada Anadolu Agency.

Bulan lepas sahaja, Kumpulan Mempertahankan Wartawan  (CPJ) melaporkan bahawa 18 orang wartawan dipenjarakan – merupakan angka yang terbesar sejak tahun 1990.

Menurut CPJ, enam wartawan menerima hukuman penjara seumur hidup, manakala yang lain masih lagi menunggu proses pembicaraan.

Mesir kekal dalam keadaan tekanan politik yang kuat, setelah presiden Mesir yang sah Dr Mohamed Morsi digulingkan daripada tampuk pemerintahan oleh tentera yang dipimpin oleh al-Sisi.
Penterjemah: Mohd Khairil Alias

Sumber: AnadoluAgency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Realiti Penindasan Umat Islam: Larangan Bertudung (bahagian 1)

Next Post

Realiti Penindasan Umat Islam: Larangan Bertudung (bahagian 2)

Related Posts
Skip to content