AS Mahu Hapuskan Kerajaan Lain, Kata Pengasas Wikileaks

Julian Assange, Pengasas Wikileaks.
Julian Assange, Pengasas Wikileaks.

Menurut sebuah website Jerman NEOPresse, pengasas WikiLeaks, Julian Assange berkata, “Amerika Syarikat akan menggunakan kesemua sumber yang ada untuk menggulingkan kerajaan di negara-negara luar yang ”tidak dikehendaki” Amerika.
Jelas Assange lagi, “empayar” Amerika yang terkini terdiri daripada 1,400 pengkalan tentera yang terletak lebih dari 120 buah negara. Sementara itu, Rusia hanya memiliki 12 pengkalan tentera, salah satunya berada di Syria, di mana Amerika kini sedang berusaha untuk menutup pengkalan tentera tersebut. Selain di Syria, Crimea turut mengalami nasib yang sama.
Segala bentuk pertolongan seperti perisikan tentera hinggalah ke organisasi pengiklanan akan dimanfaatkan oleh Washington dalam usaha untuk menjatuhkan kebanyakan kerajaan di negara asing yang dianggap tidak diperlukan. Pada masa yang sama, Amerika akan terus meningkatkan senjata api serta menubuhkan beberapa lagi pengkalan tentera di seluruh dunia.

 

Demi kepentingan syarikat terbesar di AS
Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika ini bukanlah untuk kepentingan rakyatnya, tetapi bagi memenuhi kepentingan kebanyakan syarikat terbesar di AS. Selain itu, kerajaan Amerika jelas menggunakan langkah-langkah yang salah dalam mencapai objektif mereka, seperti mengambil tentera upahan serta menggunakan pihak ke tiga untuk berperang, kata Assange.
Jadi, jika terdapat mana-mana kerajaan yang tidak disukai Amerika dan dianggap sebagai ancaman kepada persepsi mereka terhadap dunia, maka Washington akan usahakan apa sahaja untuk lenyapkan kerajaan tersebut.
Assange kini tinggal di tempat perlindungan di kedutaan Ecuadorian di London selama lebih kurang tiga tahun. Sejak 2010 lagi beliau dikehendaki pihak berkuasa Sweden untuk disoal siasat atas tuduhan paksaan seksual dan rogol.
Beliau bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut, menjelaskan bahawa Sweden cuba untuk menghantarnya ke Amerika Syarikat untuk disoal siasat dan Assange juga bakal berdepan dengan tuduhan pengintipan kerana telah membocorkan beribu-ribu dokumen rahsia tentera serta kabel diplomatik dalam talian.

 

Penterjemah : Wan Khairunnisa

Sumber : SputnikNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Obama dan Belanjawan Ketenteraan Amerika Di Syria

Next Post

Mayat Kanak-kanak Perempuan Syria Terdampar Di Pantai Turki

Related Posts
Skip to content