Orang Melayu perlu berhenti jual tanah

“Kampung” adalah salah satu pilar kekuatan fabrik sosial orang Melayu

Orang Melayu harus bersyukur masih lagi ada tempat hendak dituju iaitu kampung halaman masing-masing ketika musim perayaan.

Itulah tempat di mana, asalnya kita dibesarkan dan dilahirkan, atau jurai keturunan kita berasal daripada situ.

Anak-anak dan ahli keluarga kita sekurang-kurangnya mendapat gambaran identiti, asal usul keturunan mereka.

Ini adalah berkat hasil datuk nenek kita yang bergolok gadai mempertahan tanah warisan yang mereka miliki daripada dirampas oleh British, kerana polisi cukai yang menekan, dan juga para kapitalis Cina yang senantiasa mengambil peluang membeli dan merampas tanah-tanah Melayu jika ada kesempatan dengan pelbagai cara.

Datuk nenek kita tahu, tanah yang mereka warisi itu tiada layak seumpamanya jika ditukar dengan wang ringgit yang tiada nilai kekayaan sebenar.

Hanya pada kekayaan sebenar akan membentuk kekuataan dan disitulah lahirnya kedaulatan.

Kampung adalah salah satu daripada pilar kekuatan fabrik sosial orang Melayu.

Itulah tempat di mana satu unit sosial dalam masyarakat Melayu muslim iaitu keluarga saling berhubungan dan membentuk jaringan kekuatan tersendiri berasaskan aqidah dan dieratkan lagi dengan kekuatan kekeluargaan dan persaudaran.

Namun, situasi yang berlaku hari ini sangat menyedihkan.

Apabila meninggalnya si datuk dan nenek itu tadi, tanah-tanah dijual oleh si anak yang rakus akan duit sementara yang tiada nilai hakiki pada kekayaan sebenar.

Saban hari, satu demi satu tanah kampung bangsa Melayu pupus dan bertukar tangan. Jika difahami daripada konsep sosial di atas, terhapusnya kampung Melayu, terhapuslah juga satu demi satu kekuatan fabrik sosial orang Melayu.

Mungkin dalam keadaan pemilikan tanah di kalangan orang Melayu yang sangat menyedihkan sekarang, satu fatwa harus dikeluarkan bagi melarang orang Melayu menjual tanah kepada orang bukan Islam.

Namun perkara ini perlu kepada kajian dan dapatan data. Agar orang Melayu kembali sedar, bahawa tanah yang mereka miliki ini sehari demi sehari, bertukar tangan tanpa mereka sedari.

Jika kita fahami dengan baik, ini adalah apa yang pernah berlaku kepada umat Islam di Palestin dan Uighur. Lihatlah strategi bagaimana tanah mereka dibeli dan dirampas oleh pendatang Yahudi dan Cina Han di sana.

Satu bentuk genosid yang terancang dan tersusun untuk menghapuskan orang Muslim di serata dunia.

Bangsa Melayu harus ingat sifir ini. Hilang tanah, hilang kekuatan. Hilang kekuatan, hilanglah kedaulatan. Hilang kedaulatan, hilanglah kemerdekaan.

wallahualam
—-

Projek-projek pembandaran sering dilihat sebagai aras kemajuan sesebuah negara. Namun, bagaimana sekiranya ia dilihat sebagai aras penghapusan bangsa secara halus?

Dapatkan buku terbaharu terbitan IRIS Institute bertajuk “Pembandaran Kolonial dan Penghapusan Bangsa Melayu di Malaysia” untuk merungkai bagaimana bangsa Melayu terhapus secara halus melalui projek ‘settler colonialism’ di Malaysia. Klik pada pautan dibawah untuk mengetahui harga dan isi kandungan:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kebijaksanaan dan maknawi disebalik bilangan anak tangga rumah Melayu

Next Post

Makna Teratai di Alam Melayu dan disebalik hiasan masjid tua

Related Posts
Skip to content