Mesir Mengharamkan Pemakaian Hijab.

Sumber: Akhbarak
Sumber: Akhbarak

Jurucakap Kementerian Pendidikan Mesir, menafikan bahawa kerajaan telah meluluskan pengharaman pemakaian hijab di sekolah untuk kanak-kanak yang belum mencapai usia baligh, dalam laporan yang disediakan oleh Al-Ahram.

Menteri Pendidikan Mesir, Moheb Al-Refaei pada Sabtu, telah mengisytiharkan bahawa kanak-kanak dilarang daripada mengenakan hijab pada waktu persekolahan berlangsung.

Dalam kenyataan, semasa slot Rancangan “Ten in the Evening”, yang dikendalikan oleh Wael El-Ehabshy, menteri berkenaan menyatakan Islam tidak mewajibkan pemakaian hijab kepada anak yang belum mencapai usia baligh, lapor Youm7.
Walaubagaimanapun, menteri tersebut tidak menyatakan bila pengharaman ini akan berkuat kuasa dan sama ada ia akan dikenakan kepada semua peringkat pendidikan di Mesir atau tidak. Tambahan pula, ia tidak dinyatakan sama sekali adakah sekolah swasta juga akan turut menerima kesan yang sama.

Sehari selepas kenyataan Al-Rafaei, kenyataan bercanggah daripada Jurucakap Kementerian Pendidikan memberitahu Ahram Online dan Al-Ahram bahawa pengharaman tersebut tidak akan dilaksanakan. Jurucakap itu juga menyatakan bahawa ulasan Al-Rafaei dalam sesi bual bicara tersebut hanya merupakan pendapat peribadi beliau dan rakyat mempunyai kebebasan berpakaian sesuai dengan kehendak masing-masing.

Walaupun begitu, tidak diketahui sama ada pada masa hadapan, kementerian akan melaksanakan undang-undang baru mengenai pemakaian hijab atau tidak. Sesi persekolahan akan bermula pada September ini.

Isu etika berpakaian ini muncul apabila Kementerian Pendidikan Mesir merujuk isu seorang guru besar di sebuah sekolah mengenakan jalabiya (sejenis pakaian tradisional Mesir terutamanya di kawasan pedalaman) untuk di siasat.

Selepas lawatan mengejut di daerah Sharqiya, gabenornya, Reda Abdel Sallam mengatakan, siasatan akan dikenakan kepada guru besar sekolah rendah tersebut selepas beliau mengenakan pakaian yang tidak sesuai.

Cadangan Harga Subsidi Pakaian di Sekolah

Al-Rafaei semasa sesi bual bicara tersebut menyatakan, tindakan tersebut bukanlah untuk memalukan guru tersebut, tetapi tahap profesional perlu dijaga di semua sekolah di seluruh Mesir. Bagi memastikan semua guru mematuhi etika berpakaian ini, kementerian mencadangkan supaya guru-guru Mesir diberikan harga subsidi untuk pakaian semasa disekolah.

Menteri juga berjanji untuk menaikkan gaji semua guru di Mesir. Sama ada kenyataan menteri baru-baru ini akan dijadikan dasar kepada pemerintah sedia ada atau tidak, masih belum dapat dipastikan.

Beberapa kontroversi telah meletus baru-baru ini selepas beberapa pihak restoran, pantai dan kolam renang telah mengharamkan wanita berhijab daripada memasuki kawasan tersebut. Sebagai respon daripada kontroversi tersebut, Kementerian Pelancongan Mesir mengumumkan mana-mana pihak restoran atau kawasan tarikan pelancong yang menghalang wanita berhijab daripada memasuki kawasan tersebut akan ditutup serta merta.

 

Terjemahan : Mohd Khairil Alias

Sumber : Egyptian Streets

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rusia Berminat Bantu Iran Tangani Isu Timur Tengah

Next Post

Terbaru: Percubaan Rayuan Badie dan 104 Ahli Ikhwan Ditangguh

Related Posts
Skip to content