Donald Trump Pengecut, Bimbang Pelarian Syria Pengganas

Sumber : The Daily Beast.
Sumber : The Daily Beast.

Donald Trump kelihatan seperti seorang pengecut apabila beliau berdiam diri ketika salah seorang penyokong beliau melontarkan timbunan komen-komen keji yang berbaur anti-Islam di New Hampshire. Kemudian, Trump langsung tidak membetulkan penyokong tersebut malah membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang akan menerima 10,000 pelarian Syria dengan mengatakan berkemungkinan ISIS turut menyeludup masuk bersama mereka.

Kata-kata penyokong beliau yang diluar jangkaan disangka sebagai gurauan tetapi ternyata dia serius apabila dia memberitahu peneraju GOP: “Kami mempunyai masalah di negara ini. Ia dipanggil Muslim. Presiden sekarang adalah salah seorang daripadanya. Kita tahu dia bukan juga seorang rakyat Amerika. “Lelaki itu kemudian menambah,” Kem-kem latihan juga semakin meningkat di mana mereka mahu membunuh kami. Bilakah kita boleh menyingkirkan mereka “?

Malangnya Trump tidak menjawab seperti John McCain yang membetulkan soalan salah satu penyokongnya yang hampir sama dengan penyokong tadi pada pilihanraya presiden 2008 malah McCain mengatakan Obama daripada keluarga yang baik, seorang warga Amerika yang kebetulan berbeza pendapat dengan isu-isu asas.

Sebaliknya Trump menjawab “Ramai orang mengatakan bahawa perkara yang sama dan mengatakan bahawa banyak perkara-perkara buruk yang berlaku di luar sana. Kita akan melihat perkara itu dan perkara-perkara lain. ”

Jadi Trump bukan sahaja enggan untuk menentang pernyataan penyokong taksub beliau yang mengatakan Obama sebagai “un-American Muslim”, malah seolah-olah bersetuju dengan cadangan bahawa umat Islam perlu dihapuskan di negara ini,tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah bahawa pandangan ini tidak begitu berbeza dari kenyataannya sebelum ini tentang Islam,dalam temu bual pada tahun 2011 oleh Christian Broadcasting Network Pat Robertson, Trump berkata: “Adakah terdapat masalah yang ditimbulkan oleh Muslim? Lihatlah apa yang berlaku. ”

Seperti yang dinyatakan beberapa minggu yang lalu, Trump telah menolak untuk mengutuk kumpulan “white supremacist” yang secara terbuka menyokong beliau dan juga tidak bermasalah dengan perhatian yang diberikan oleh kumpulan “neo-Nazi” dan “white nasionalist”.

Trumph sokong kumpulan fanatik anti-Islam

Dan kini Trump adalah “sahabat” kepada kumpulan fanatik anti-Islam. Beliau menunggu masa yang lama untuk bergabung dengan kumpulan anti-Muslim. 66 peratus daripada para penyokongnya mengatakan Obama adalah Muslim kerana umat Islam adalah sasaran yang mudah, memandangkan umat Islam adalah sebuah masyarakat minoriti.

Trump, sudah tentu, tidak memulakan kempen anti-Islam pada malam Khamis lalu di New Hampshire. Bersama-sama dengan beberapa GOP calon-calon presiden yang lain, beliau memulakan satu kempen  “untuk menakutkan orang ramai tentang Islam” seiring dengan perbahasan sekitar menerima pelarian Syria ke Amerika Syarikat.

Sebagai tindak balas kepada pengumuman Presiden Obama bahawa Amerika Syarikat akan menerima 10,000 pelarian Syria, Trump memberi amaran bahawa ahli ISIS boleh berselindung di antara mereka. Hujahnya kepada Fox News, “Jika anda melihat kebanyakan di televisyen, kebanyakan mereka ialah lelaki. Tidak ramai wanita. “Penulis sempat menyindir Trumph yang berkemungkinan bakal menambah ”Mrs Trump” yang keempat sekiranya pelarian tersebut cantik memandangkan dia telah mengahwini dua wanita pendatang

Orang kedua dalam GOP, Ben Carson pula berkta kepada CNN pada Selasa lepas bahawa mereka tidak boleh membiarkan mana-mana pelarian Syria masuk ke Amerika kerana berkemungkinan ”pengganas” boleh menyelusup bersama. Carson turut menolak mana-mana proses saringan dan baginya walaupun dua atau tiga orang dalam satu kumpulan agama tertentu melakukan jenayah, semua ahli agama yang lain juga harus diambil tindakan.

Kini ia adalah jelas, tidak ada yang mengatakan kita tidak teliti dalam menyaring pelarian dari Syria ini. Jabatan Negara telah menjelaskan bahawa proses pemeriksaan sangat teliti, dari 18 hingga 24 bulan,termasuklah beberapa siri pertemuan dua muka , yang dikawal oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, dan juga kelas “orientasi budaya”.

Mike Huckabee,bekas menteri Kristian memberi amaran mengenai kemungkinan Islam sebagai pengganas. Beliau juga menghina pelarian dengan mengatakan: “Adakah mereka benar-benar melarikan diri daripada kezaliman… atau datang kerana kami mempunyai TV kabel?” Beliau berkata Aylan Kurdi dan keluarganya mempertaruhkan nyawa mereka kerana mereka mencari “pakej TV kabel” yang mempunyai saluran premium.

Calon-calon GOP tolak pendatang Islam
Ted Cruz, Scott Walker, dan Carly Fiorina juga telah menolak untuk Amerika Syarikat menerima mana-mana pelarian. Mesej sebenar calon-calon GOP adalah bahawa pendatang Islam tidak patut dibenarkan masuk ke dalam Amerika Syarikat kerana sesiapa sahaja boleh menjadi pengganas. Mereka merasakan”tidak semua orang Islam adalah pengganas, tetapi semua pengganas adalah Muslim.”(fakta ini salah) tetapi fakta tidak penting dalam menakut-nakutkan rakyat supaya menyokong anda.

Trump dan lain-lain dalam GOP sedang menyalakan api kebencian terhadap umat Islam. Apa yang menghairankan ialah kekurangan Trump dalam kepimpinan dan keberanian. Adakah ini ciri-ciri “pemimpin yang hebat”?

Penterjemah: Syazana Aqilah

Sumber : TheDailyBeast

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Agenda AS di Timur Tengah Hanya Menguntungkan Israel

Next Post

Pemimpin Tertinggi IM Dikasari Pegawai Keselamatan Mesir Ketika Perbicaraan

Related Posts