Realiti Penindasan Umat Islam: Larangan Bertudung (bahagian 1)

452191-Myanmar-1350333381-292-640x480

1) Sami ektremis dalang penindasan wanita Muslim di Myammar

Di Myanmar, sebuah gerakan sami Buddha berpengaruh dan dikenali sebagai Ma Ba Tha telah menghantar satu usul bagi menghalang pemakaian tudung kepala bagi pelajar-pelajar Islam di Myanmar. Ma Ba Tha terdiri daripada panel-panel sami dari lebih daripada 1,300 biara di seluruh Myanmar, telah bersidang di Rangoon membincangkan rangka promosi agenda nasionalis Myanmar yang bakal menghadapi pilihan raya hujung tahun ini.

Mereka menyifatkan pemakaian hijab adalah ‘tidak bertepatan dengan disiplin sekolah’. Mereka telah menyediakan senarai saranan untuk melobi kerajaan supaya meningkatkan sekatan beragama kepada umat Islam Myanmar, antaranya pemakaian hijab atau burqa di sekolah, serta penyembelihan binatang ternakan ketika hari raya. Menurut mereka, amalan umat Islam adalah bertentangan dengan budaya penganut Buddha di Myanmar.

Umat Islam diminta mematuhi undang-undang serta peraturan Myanmar dan tindakan mereka dianggap bukanlah untuk mendiskriminasi agama Islam. Strategi mereka yang mahu ‘membawa rakyat ke jalan yang benar’ bertujuan menggalakkan rakyat untuk mengundi calon yang tidak akan menyebabkan bangsa dan agama mereka ‘lenyap’. Mereka akan mengawasi ‘jenayah oleh bukan Buddha’, serta menggunakan medium sosial Facebook untuk menyebarkan ancaman-ancaman kepada agama Buddha di Myanmar.

haydn-dewinter-with-anti-islam-banner

 

2) Wanita Muslim tidak boleh memandu – Parti anti-Islam Belgium 

Di Belgium, parti anti-Islam, Flaman Vlaams Belang serta individu yang menyokong sentimen perkauman, telah mengemukakan draf undang-undang kepada Parlimen mereka, supaya mengharamkan pengunaan kereta oleh wanita yang bertudung. Draf yang dikemukakan oleh bekas presiden Vlaams Belang, Filip Dewinter dan rakan sejawatannya menjelaskan pemakaian tudung akan mengurangkan daya penglihatan dan pendengaran pemandu, sama seperti makan atau menggunakan telefon semasa memandu, yang akan mengancam keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Pada 2007, sebuah parti bersentimen perkauman Dutch Party for Freedom, yang diketuai oleh Geert Wilders pernah mengemukakan permohonan yang sama tetapi usaha mereka menemui jalan buntu. Menurut pakar lalu-lintas, penggunaan selendang, topi ataupun pakaian yang seumpamanya tidak mendatangkan sebarang risiko kepada para pemandu.

Sementara itu presiden Flaman Vlaams Belang, Tom Van Grieken,  dalam ucapan beliau di parlimen bahagian Flander ketika membincagkan isu serangan Paris memberitahu, “Kita perlu meletakkan nama yang sesuai untuk perkara dan menyelesaikan punca masalah. Puncanya ialah Islam!”

Diterjemah oleh: Nureen Adnan

Sumber: WorldBulletin [1][2]

*Ikuti siri Realiti Penindasan Umat Islam di laman web FOCUS yang bakal merungkai isu-isu penindasan umat Islam yang berlaku di seluruh dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penjelasan Konflik di Sempadan Turki-Syria

Next Post

Mesir Menindas Kebebasan Media

Related Posts
Skip to content