Realiti Penindasan Umat Islam: Larangan Bertudung (bahagian 2)

1318550-28364236-1600-900
Indira Kaljo, pemain profesional bola keranjang Eropah yang dinafikan hak kerana berhijab

1) Eropah mendiskriminasi bakat wanita Muslim kerana hijab

Pada tahun lepas, pemain bola keranjang wanita keturunan Bosnia-Amerika, Indira Kaljo mengambil keputusan untuk berhijab selepas mengikuti sebuah lawatan ke Haiti; pasca gempa bumi, yang menginsafkan beliau. Namun menyedari hakikat beliau tidak akan dibenarkan bermain di gelanggang profesional Eropah kerana pertubuhan yang berkenaan telah melarang penggunaan sebarang bentuk penutup kepala termasuklah hijab, turban dan yarmulk.

Maka, beliau telah bertindak melancarkan sebuah petisyen atas talian, yang telah berjaya mengumpul sejumlah 70,000 tandatangan serta berjaya menarik perhatian antarabangsa kepada pengharaman tersebut. Beliau merasakan pengharaman berkenaan merupakan suatu bentuk diskriminasi kepada atlet-atlet yang ingin mematuhi agama mereka, termasuklah Sikh dan Yahudi.

Petisyen tersebut berjaya mempengaruhi Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA), dan pada September 2014, para pemain dibolehkan memakai tudung kepala untuk perlawanan tempatan bagi tempoh dua tahun. Tetapi, FIBA masih belum memberi keizinan yang sama untuk permainan di peringkat antarabangsa yang telah menyebabkan pasukan bola keranjang wanita Qatar menarik diri daripada penyertaan ke dalam Sukan ASEAN 2015 sebagai tanda protes kepada pengharaman tersebut.

 

5B97E600-1F4F-4E2F-B1D9-9B284A63AAB5_mw1024_s_n

2) Negara Eropah, Belarus haramkan pengenalan diri bertudung

Di Belarus, sebarang bentuk pengenalan diri wanita Islam yang menggunakan gambar bertudung kini diharamkan, selepas presiden Domestic Residency Apartment, Dmitry Levchenko, mengeluarkan arahan tersebut. Levchenko memberitahu, keputusan pengharaman tersebut telah dibuat sejak tahun 2008.

Sebuah kounsel keagamaan, Religious and National Interfaith Commissioner Council yang mempunyai ikatan dengan kerajaan Belarus, telah menyetujui beberapa isu berkaitan termasuklah pengharaman wanita Islam mengenakan tudung kepala di dalam semua gambar rasmi. Sementara itu, mufti Belarus, Ali Varanovich yang turut sama berada di dalam perbincangan tersebut menegaskan kewajipan wanita Islam mengenakan tudung kepala bertepatan dengan syariah Islam, dan pengharaman tersebut dikhuatiri bakal menjejaskan hubungan komuniti Islam di Belarus dan kerajaan tempatan.

Saranan Varanovich tidak mendapat sokongan ahli kaunsel yang lain. Presiden kaunsel berkenaan, Leonid Gulyako mengesahkan persetujuan mereka dan akan menurut keputusan Residency Department.

Penterjemah: Nureen Adnan

Sumber: WorldBulletin [1][2]

 

Realiti Penindasan Umat Islam: Larangan Bertudung (bahagian 1)

*Ikuti siri Realiti Penindasan Umat Islam di laman web FOCUS yang bakal merungkai isu-isu penindasan umat Islam yang berlaku di seluruh dunia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mesir Menindas Kebebasan Media

Next Post

Ringkasan 3 Sebab TPPA Menjejaskan Negara Membangun

Related Posts
Skip to content