MH17: Salah Siapa Sebenarnya?

_86146066_cockpit

Pada Julai 2014, dunia telah digemparkan dengan peristiwa yang melibatkan 298 mangsa di mana kapal terbang jenis Boeing-777 telah ditembak dan meletus. Kapal terbang yang mengangkut penumpang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah malalui kawasan sempadan Ukraine-Rusia dipercayai ditembak daripada pasukan pemberontak. Namun begitu, kedua-dua belah pihak menafikan perbuatan tersebut. Berikut merupakan kronologi siasatan lanjut yang dibuat oleh pelbagai pihak dalam menentukan dari mana datangnya peluru berpandu tersebut.

Lanjutan Siasatan MH17

  • Pada 17 Julai 2014, berita tentang kapal terbang MH17 dilaporkan terhempas pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia di timur Ukraine.
  • Laporan menunjukkan kawasan di mana MH17 terhempas merupakan kawasan yang dikawal oleh kumpulan pemisah pro-Rusia.
  • Kejadian tersebut menyebabkan Ukraine dan Rusia menuding jari terhadap satu sama lain dalam menentukan siapa yang bersalah dalam hal ini.
  • Dutsch Safety Board (DSB) mengambil alih tugas siasatan bagi mendapatkan jawapan siapa yang bersalah dalam hal ini. Siasatan ini juga diambil berikutan majoriti penumpang mangsa nahas iaitu seramai 193 orang merupakan warga Belanda dan keluarga mangsa menuntut kerajaan mereka supaya menghantar kumpulan penyiasat ke kawasan tersebut.
  • Namun begitu, Rusia menganggap bahawa laporan yang dikeluarkan oleh DSB adalah berat sebelah.
  • Kerajaan Ukraine dan beberapa negara Barat pula mengeluarkan kenyataan bahawa peluru berpandu (BUK) yang digunakan dapat dilihat dihantar ke kawasan pemberontak dari Rusia. Gambar bukti juga telah diterbitkan oleh kumpulan penyiasat dari Belanda yang membuktikan pelancar peluru berpandu dipindah ke kawasan sekitar kawasan pemberontak.

 

_86146088_9a29cbb2-a847-4532-944e-b62e3cd5c445

  • Namun begitu, Moscow masih menidakkan kejadian yang berlaku.
  • Beberapa hari selepas tragedi itu berlaku, Menteri Pertahanan Rusia ‘mencadangkan’ bahawa Boeing-777 ditembak dari udara-ke-udara.
  • Radar milik Rusia dapat mengesan jet pejuang milik Ukraine pada jarak 3-5 km dari MH 17 pada masa kejadian.
  • Pada Julai 2015, kumpulan penyiasat dari Rusia mengeluarkan kenyataan bahawa “peluru berpandu tersebut bukan diperbuat dari Rusia”.

Jurucakap bagi jabatan Amerika Syarikat, Marie Harf berkata kepada Times “Pada mulanya mereka mengatakan peluru berpandu yang dilancarkan bukan peluru berpandu jenis BUK. Namun, sekarang, mereka mengatakan ianya adalah peluru berpandu BUK tetapi bukan daripada mereka.”

  • Eksperimen dijalankan melibatkan jet pejuang yang mensasarkan tembakan ke atas kapal terbang lama selepas kenyataan ini dikeluarkan.
  • Almaz-Antey merupakan syarikat yang menghasilkan BUK meletuskan sebuah kapal terbang bagi membuktikan MH17 ditembak oleh BUK dari tanah ke udara.

Semasa DSB sedang menyediakan laporan, pakar dari Rusia telah mengemukakan bantahan mereka iaitu:

– lokasi letupan berlaku lebih dekat daripada apa yang telah dilaporkan oleh DSB
– MH 17 pasti ditembak oleh peluru berpandu BUK yang berbeza dan lebih lama
– BUK dilancarkan dari sudut yang berbeza

DSB membantah dengan mengatakan bahawa Rusia menggunakan cara yang kurang sesuai iaitu “stringing method” dalam menentukan dari mana datangnya arah tembakan dilepaskan. Cara ini tidak dapat menentukan dengan tepat dari mana arah peluru berpandu BUK dilepaskan.

_86147894_4b4cb189-69b3-411e-a4c3-65ee9c133076

Percanggahan pendapat terus berlaku antara DSB dan pasukan penyiasat Rusia.

 

Analisis Arah Peluru Berpandu Dilepaskan.

_86097198_mh17_missile_launch_locations_624

Pasukan penyiasat DSB membuat kiraan dua kali ganda daripada jarak yang ditentukan oleh Rusia bagi menganggar jarak peluru berpandu dilepaskan.

Walaubagaimanapun, selepas Rusia membentangkan hasil dapatan mereka kepada DSB, mereka menggunakan simulasi mereka yang tersendiri dalam mengeluarkan kenyataan bahawa peluru berpandu dilepaskan dari arah Barat, iaitu Zaroshchenske, di mana kawasan tersebut merupakan kawasan di bawah kawalan Ukraine pada ketika itu.

Kawasan tersebut terletak kira-kira 20 km dari kawasan yang pada mulanya dicadangkan oleh Almaz-Antey kawasan peluru berpandu dilepaskan.

Almaz-Antey menuduh DSB kerana menyalahtaksir kiraan yang dibuat oleh Rusia. Pihak Belanda pula menuduh Rusia membuat kiraan salah kerana pengiraan mereka dibuat di titik penanda  yang salah.

Siasatan jenayah antarabangsa akan dipaparkan pada 2016 dalam membuat percaturan siapa yang bersalah dalam hal ini.

 

Susunan : Khadijah Hanim Zulhaimi
Sumber: BBC [1][2], Newsweek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Laut China Selatan : Aktiviti Penggodaman Meningkat, Perisikan Siber China Atur Langkah

Next Post

Israel – Bakar Rumah, Bunuh Bayi Dikenakan 6 bulan Penjara, Palestin – Lempar Batu Dikenakan 20 tahun Penjara

Related Posts
Skip to content