MOTAC kerjasama dengan China iktiraf tarian Singa dan Naga sebagai warisan budaya tidak ketara di UNESCO

Pada 28 Julai, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bekerjasama dengan China untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap tarian singa dan naga sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) di Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNESCO.  – (RTM)

Menurut Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri MOTAC, langkah tersebut amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan seni dan budaya pelbagai kaum di Malaysia seperti yang telah digariskan di dalam Dasar Kebudayaan Negara, Teras tujuh iaitu Kecemerlangan Budaya. – (RTM)

Di samping itu, kemunculan sulung perarakan Chingay ketika sambutan kemerdekaan pada Sabtu lalu mengukuhkan lagi usaha untuk mengiktiraf tarian singa dan naga dan perarakan Chingay sebahagian daripada warisan budaya di UNESCO. – (Malay Mail)

Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Tarian Singa dan Naga Malaysia Ching Xiao Fong, kehadiran Chingay biasanya dilihat di Pulau Pinang dan Johor pada Tahun Baharu Cina atau pada persembahan warisan di kuil. Tambahnya, jiwa kami sebagai rakyat Malaysia amat tersentuh apabila diberi peluang untuk turut sama memeriahkan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ini. – (Bernama)

Ching Xiao Fong turut melahirkan harapan agar Chingay dijadikan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah pada masa hadapan, seperti tarian singa dan naga. – (Bernama)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Makmal nadir bumi beroperasi bulan depan, potensi kurangkan kebergantungan kepada China dalam rantaian bekalan NR-REE

Next Post

Sarawak peruntuk tambahan RM2.36 juta kepada sekolah Mubaligh Kristian, menjadikan RM20 juta secara keseluruhan tahun ini

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content